PENGAJARAN dan Pembelajaran sering diberikan perhatian utama oleh setiap pihak di sekolah. P & P dikatakan urusan utama sesebuah sekolah dan kerananya pelajar datang ke sekolah dan guru dibayar gaji. Tetapi sekolah mempunyai fungsi lebih daripada itu. Sekolah adalah tempat pemupukan keperibadian mulia dan akhlak terpuji. Di sekolah pelajar dilatih untuk mematuhi undang-undang dan peraturan. Di sini mereka dilatih dengan amalan-amalan terpuji melalui pembentukan satu set peraturan di sekolah daripada cara berpakaian sehinggalah kepada penyertaan mereka dalam kokurikulum. Disebabkan sekolah memainkan peranan yang begitu mulia, dan menggantikan tempat ibu bapa dalam tempoh beberapa jam, maka sekolah patut menjadi sebuah tempat yang paling kondusif dan selamat untuk setiap pelajar menjalankan aktiviti mereka. Apabila pelajar berada di dalam kawasan sekolah, ia tidak wajar khuatir dengan keselamatannya. Ia mempunyai hak untuk menikmati yang paling baik di sisi perlembagaan dan undang-undang. Sebagai pelanggan utama sesebuah sekolah, keperluan mereka harus mendahului daripada segala keperluan yang lain. Hak-hak mereka untuk menerima pendidikan yang sempurna, kemudahan pembelajaran yang maksimum dan suanana persekitaran yang selamat dan kondusif perlu dijaga. Pengabaian dalam aspek ini akan mendedahkan sekolah kepada risiko tindakan undang-undang. Apatah lagi ketika kesedaran ibu bapa terhadap hak-hak anak mereka semakin besar.Adalah perlu sekolah menyemak kembali setiap peraturan dan prosedur yang digunakan agar ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, khususnya Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendikan 1996. Jika prosedurnya sudah mantap, tahap pelaksanaan atau penguatkuasaannya perlu juga diberikan perhatian.











No user commented in " Sekolah Selamat "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply