” Kada’ karuan banar parangai sapika’ yang saikung ini. Handak baranai juakah kita salapas ini’. Kada’ manggalakakkah darah kita malihat kajadian ini? Kada’ bahantalukkah kita’? ” GuruBashid
1. Speaker yang sepatutnya berkuasa dalam dewan, kini menunjukkan kuasanya sehingga ke luar dewan. Dia mahu menjadi seperti raja setelah dia sendiri menolak raja.
2. Dia mahu menunjukkan kurang ajarnya dalam hal ini seolah-olah mahu menjunjukkan kuasanya kepada raja, ” tuanku atau saya yang lebih berkuasa,”.
3. Ia seakan-akan mahu mengenakan Menteri Besar dan exconya tetapi dia bermaksud menujukannya kepada sultan yang melantik Menteri Besar dan exco itu.
4. Orang Melayu di seluruh negara mesti faham akan hal ini. Dia benar-benar mencabar kita. Dia seolah-olah mahu menguji kesabaran kita.
5. Dahulu mantan menteri besar mereka, kini speaker mereka pula. Bagaimana pemimpin mereka begitulah anak buah mereka, sama sahaja.
6. Inilah kejayaan Anwar dalam memberi pendidikan kesetiaan kepada anak buahnya. Kesetiaan kepada individu yang merosakkan sistem dan perlembagaan.
7. Melayu sanggup berkorban memberikan mereka satu perkara, iaitu kerakyatan secara jus soli dan mereka berjanji untuk menghormati 4 perkara sebagai balasan, iaitu kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.
8. Itu kontrak sosial yang disepakti sebelum British beri kita kemerdekaan dan 5 perkara itulah juga yang ditulis dalam Perlembagaan yang bersifat luhur itu.
9. Kemudian ia diperkukuhkan dalam Rukunegara yang antara lain menyebutkan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.
10. Siapakah yang mahu memecahkan kontrak soasial ini? Siapakah yang mahu memecahkan persetujuan yang termaktub dalam perlembagaan ini?
11. Bahimat banar marika’ mahantam kita sahingga’ raja kita gin handak ditandangnya. Bisa’ baranai lagikah kita malihat kalaku’ yang kada’ sanunuh ini. Ka mana hilangnya samangat bahari? Ka mana’?
Seruan GuruBashid











2 users commented in " Saruan Untuk Kulaan: Kada’ Bahantalukkah Kita’? "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackUmai, basurah banjar jua andika.
Kata pujangga, “biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan…Biarkan…Biarkan…. ”
Sebagai anak Sungai Manik, saya cukup kecewa dengan apa yang berlaku di negeri kelahiran saya.
Kulaan, urang kita memang ada yang kadak bafikir panjang. Yang kadak hurmat Raja memang biadap. Inilah kajadian manyukung kada karuan si utoh Permatang Pauh. Kita hanadak diungulinya. saitu saini ako akan mamadahi seluruh kulaan jangan lagi baparak dangan pembangkang
Leave A Reply