APAKAH yang dimaksudkan dengan kelakuan guru yang tidak baik yang berkaitan dengan pendidikan? Sehingga kini belum ada takrifan yang benar-benar jelas tentang perkara ini.Pernah seorang hakim di daerah Oregon memecat seorang guru dengan alasan tingkah lakunya tidak bermoral. Namun pemecatannya itu didapati tidak sah oleh mahkamah yang lebih tinggi atas alasan kekaburan takrifan tentang perlakuan guru yang dikatakan tidak bermoral itu. Di Malaysia, rujukan utama dalam kes seperti ini ialah Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550. Tetapi sehingga kini belum ada perlakuan guru yang tidak baik diambil tindakan tata tertib. Ini termasuklah guru yang ponteng kelas, lewat masuk, keluar dari kelas lebih awal, mengajar sambil lewa, dan tidak mengisi buku rekod mengajar. Malahan ada yang cuba mengaitkan antara perlakuan guru dan hubungannya dengan prestasi di sekolah. Maksudnya perlakuan guru di luar sekalipun dikatakan tidak bermoral, namun tidak boleh dikenakan tindakan tata tertib selagi perlakuan itu tidak memberi implikasi negatif kepada prestasi kerjanya di sekolah. Kaedah pengukuran ini lebih dikenali sebagai hukum Nexus, iaitu hubungan antara dan prestasi kerja. Dalam kes Burton lwn. Cascade Sch. District (1973), mahkamah memecat seorang guru homoseks. Tetapi akhirnya mahkamah membatalkan hukuman itu kerana perlakuan guru itu tidak menjejaskan prestasinya, malahan tiada bukti yang mencukupi yang perlakuan songsangnya itu mengganggu pelajar. Begitu juga dengan kes Morison lwn. State Board of Edu (1969), di mana dua orang guru terlibat homoseks tidak dipecat atas alasan tingkah laku mereka tidak menjejaskan prestasi. Malahan dalam keadaan tertentu “Job-Relatednes Test” mesti dilakukan oleh pakar perubatan/saksi untuk membuktikan bahawa seseorang yang dituduh itu benar-benar “unfitness to teach”.