GANGGUAN seksual bertentangan dengan undang-undang federal Civil Right Act, Title VII (di tempat kerja) dan Civil Right Act, Title IX (di sekolah) di Amerika Ia juga bercanggah dengan peraturan bertulis hak asasi negeri (state human right statutes dan juga peraturan serangan dan penganiyaan kanak-kanak negeri dan tempatan (state and local assault) and child abuse laws). Title VII Federal Civil Right Act 1964 telah doperluaskan oleh sebahagian mahkamah untuk dimasukkan ke dalam peraturan salahlaku (gangguan seksual oleh rakan sebaya di sekolah Title IX dalam Pindaan Pendidikan (Education Amendments) 1972 akan digunakan untuk membayar gantirugi kewangan kepada mangsa gangguan seksual di sekolah. Manakala Undang-Undang Federal Civil Right Law, 42 US.C. 1983 digunakan untuk mendakwa sekolah sekiranya gagal melindungi pelajar mereka daripada gangguan seksual rakan sebaya (Schwarz, W., 2000) Berikut adalah beberapa kes yang berlaku di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat serta implikasi undang-undang yang berlaku (1)Gangguan Seksual dari rakan sebaya-Sekumpulan pelajar lelaki mengganggu seorang pelajar perempuan di pintu hadapan sekolah. Mereka menghampirinya sambil menunjukkan simbol-simbol lucah tentang buah dadanya. Sepanjang hari, dia diganggu oleh sekumpulan pelajar-pelajar lelaki tersebut dengan bunyi-bunyi lucah.Implikasi undang-undang-Ibu bapa remaja di Petaluma, california itu memfailkan bantahan terhadap pihak sekolah yang dianggap gagal mengambil tindakan apabila anak perempuannya diganggu dalam grafik lucah dan serangan lisan lucah sepanjang hari. Melalui pejabat hak Sivil Persekutuan (Office of Civil Rights)(Title IX). Pada tahun 1992, mereka telah memang kes tersebut dan pelajar perempuan tersebut dibayar $20,000 sebagai ganti rugi (Strauss, S., 1993).