Gangguan seksual merupakan satu fenomena yang hangat dibincangkan sekarang. Ia mula merebak dari tepi-tepi jalan, hinggalah ke dalam ruang pejabat. Gejala ini meluas dari kilang-kilang swasta, hinggalah ke dalam pagar sekolah. Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, lebih daripada separuh pelajar telah diganggu. Sudah pasti kumpulan yang paling kerap menjadi mangsa adalah perempuan, remaja kulit berwarna dan kumpulan gay (American Association of University Women, AAUW, Gustavsson & MacEachron, 1998; Shoop & Hayhow, 1994, dalam Schwarz, 2000). Nanette Asimov dalam artikelnya yang bertajuk “sexual harassment at high school” terbitan San Francisco Chronicle (6/2/1993) melaporkan 85% pelajar perempuan dan 76 peratus pelajar lelaki mempunyai pengalaman dalam gangguan seksual di sekolah. Dalam kontek Malaysia, gejala ini tidak terkecuali. Oleh yang demikian, persoalan ini harus dipandang serius oleh semua pihak.Gangguan seksual dapatlah didefinisikan sebagai “unwelcome behavior of a sexual nature that interferes with” the life of the target(s0; it is “unsolicited and nonreciprocal” (Shoop & Edwards, 1994, p.17). The Equal Employment Opportunity Commision pula mendefinisikan gangguan/diskriminasi seksual sebagai “unwelcome sexual advances, requests for sexual favors, and other verbal or physical conduct of a sexual nature constitutes sexual harassment“.The National Advisory Council on Women’s Educational Programs pula mendefinisikan gangguan seksual sebagai “the use of authority to emphasize the sexuality or sexual identity of a student in a manner