Subject: Maklum Balas
Date: Thu, 17 Apr 2008 11:29:06 +0800
From: “ADUN Pantai Manis Papar”
To: gurubashid@yahoo.com
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terima kasih saya ucapkan di atas keikhlasan dan kesudian saudara melayari laman web saya ini. Memang menjadi harapan saya agar laman web ini akan menjadi wadah kepada rakyat menyalurkan apa juga pandangan dan idea-idea yang bernas untuk kebaikan kita bersama.
Saya turut mengharapkan semoga lebih ramai pelayar melayari laman web ini dengan cetusan ilham yang mampu membantu mengangkat prestasi perkhidmatan saya selaku wakil rakyat N.22 Pantai Manis. Mudah-mudahan Allah swt mengurniakan kudrat kepada saya dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan salam hormat.
Hj Abdul Rahim Bin Ismail
Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan N.22 Pantai Manis, Papar, Sabah

















No user commented in " Terima Kasih Dato’ Rahim "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply