From: “Aileen Lay Wah”
To: “Panduan Guru-Guru Malaysia”
Terima kasih kerana masih mengirim email kepada saya yang saya baca kerana
berminat.
Saya pernah dengar daripada rakan-rakan bahawa beberapa penceramah menggunakan
surau dan masjid untuk menyampaikan pemahaman politik mereka, kebanyakkan
untuk menghentam sesuatu parti dan pemimpin. Kadang-kadang ia berlaku di kuil juga.
Harap aktiviti sebegini tidak akan berlaku.
Sebaliknya setiap tempat beribadah ialah tempat suci dan semua agama mengajar yang
baik. Harap ia lebih berfokas kepada kerja amal seperti membantu ahli masyarakat yang
miskin, keluarga yang menghadapi krisis, orang tua atau mereka yang berpenyakit mental
atau kronik. Kita sibuk dengan aktiviti kita dan mencari kebendaan sehingga kita lupa
mempraktikkan ajaran agama masing-masing.
Apabila kita hendak berceramah tentang sesuatu isu seperti pendidikan, kesihatan atau
kerja amal, memang topik itu kurang menarik daripada isu politik. Padang di sebuah
taman di Simpang penuh sesak dengan manusia yang mendengar ceramah hangat.
Tetapi cikgu, jangan putus asa, walaupun ada segelintir orang teruskan buat sesuatu yang
baik bersama-sama. Keikhlasan cikgu akhirnya dapat menawan hati yang ramai. Yang pentingnya
kita terus lakukan apa-apa yang baik agar generasi akan datang dapat meniru yang baik.
Sedihnya saya melihat para pemimpin kita yang menggilakan kuasa yang sanggup bermain
taktik politik yang kotor. Ini akan menghancurkan negara yang kita cinta ini akhirnya.
Saya paling benci melihat kejadian pengeboman, bunuh-membunuh, membersihkan kaum dan
persengketaan dan kebanyakkannya atas perjuangan agama dan kaum. Sedihnya melihat
nyawa manusia yang tidak bersalah hilang begitu. Tak cukupkah dengan gempa bumi di Padang
dan kematian akhibat taufan di Asia Tenggara baru-baru ini.
Saya dapati manusia sudah jadi gila kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Saya harap
kita sebagai guru yang bertanggungjawab dapat mendidik pelajar kita supaya tidak begitu.
Kita kena menerangkan kepada mereka apa yang tak patut dibuat dan akhibatnya. Paling
sedih ialah keruntuhan akhlak di antara mereka.
Oleh kerana saya amat sibuk membuat persiapan nak masuk PLKN di Ijok esok bersama
dengan murid-murid sekolah rendah seluruh daerah untuk Kem One Malaysia. Saya hanya
membantu dan harap objektifnya tercapai. One Malaysia pada pendapat saya ialah perpaduan
semua rakyat tanpa mengira bangsa, saling hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan
mengamalkan semangat toleransi yang tinggi. Setiap rakyat menikmati keamanan, kekayaan
dan keadilan dan tidak lagi ada kemiskinan di setiap pelusuk negara.
Seronok berinteraksi dengan cikgu kerana dah lama tidak membalas email yang dihantar.
Saya juga di Facebook “Oon Lay Wah”. Jika cikgu ada FB boleh add as a friend.
Salam daripada
Oon Lay Wah











2 users commented in " Terima Kasih Aileen Lay Wah "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackGuruBashid:
Nampaknya melayu begitu marahkan saya. Benarlah kata cerdik pandai, dalam marah semuanya terserlah. Dan berkata lagi cerdik pandai, jika kamu sudah tidak dapat melawan, kamu masih boleh bangun untuk mengherdik dan memalukan kawan kamu. Inilah yang mungkin hendak dilakukan oleh melayu kepada saya:
Melayu:
Poodahh!!
Cerita bab masjid konon..
Tapi kamu sendiri nak ke masjid di kawasan kamu pun beratt..batang hidung pun tak nampak!
Bila ada orang makmurkan masjid,kamu sibuk itu tak betul! ini tak betul!
Yang kamu buat apa? Umpama katak di bawah mangkuk kaca! Easier Said than Done! Malang sungguh masyarakat ada guru seperti kamu! Hampehh!!
Hati-hati..jangan terlebih goreng..orang yang tak kenal kamu bolehlah sampai hangus kamu goreng tetapi kami kenal kamu!!
melayu tidak mewakili melayu..mengapa mesti menggunakan mama melayu sedangkan awak bukan mewakili pendapat keseluruhan masyarakat melayu.. berselindung di sebalik nama bangsa seolah -olah bertindak sebagi seorang pembela,padahal awak hanya mampu menghentam tanpa berfikir,mengherdik tanpa hujah..
jangan jadikan peranan institusi agama sebagai pelepas nafsu duniawi..memakmurkan masjid masih terdapat plbagai cara yg lebih bermanfaat daripada menjadikan isu politik sebagai aktiviti inti..
Leave A Reply