SURAT DARIPADA HADFINA
Date: Wednesday, December 4, 2008
From: “NURUL NURLIYANA NASIR”
To: “Panduan Guru-Guru Malaysia”
Assalamualaikum cikgu
ya, fina setuju dengan pendekatan yang dilakukan oleh wanita umno, di saat kehangatan isu agama dan perkauman dibicarakan, mereka seolah-olah melangkah 10 langkah kehadapan dengan tidak mahu membangkitkan isu ini.Mereka tidak cepat melatah.
Ibarat benang yang ditarik tegang, sebelah pihak menarik, sebelah pihak lagi mengendurkan benang tersebut ( eh betul ke).
Surat Balasan Daripada GuruBashid
Wednesday, December 4, 2008
From: “Abd Bashid Hj Harun”
To: “NURUL NURLIYANA NASIR”
Assalamu’alaikum Nurul,
Terima kasih atas pandangan yang diberikan dan masih setia mengikuti pandangan-pandangan saya. Memang ada kebenaran pendapat saudari itu. Di sinilah saya melihat wanita di bawah kepemimpinan Rafidah lebih peka dan proaktif dalam menangani sesuatu isu. Dari dahulu lagi saya melihat Rafidah berani, berwawasan, dan matang dalam mengemukakan sesuatu pendapat dan cadangan. Saya suka mendengar dia berhujah atau menjawab soalan wartawan, termasuk wartawan luar negara. Lancar, berfakta, tepat dan puas.Jika dia bukan wanita saya sudah lama menyamakan dia seperti Mahathir. Barangkali saya tidak keterlaluan menilai Rafidah. Tetapi itulah pandangan saya tentang Rafidah yang tak pernah berubah sejak dahulu lagi. Malahan saya pernah berkali-kali memberitahu isteri saya (juga seorang Bendahari Wanita UMNO Bahagian) jika kita ketandusan lelaki untuk menjadi Perdana Menteri, Rafidahlah orangnya.Langkah-langkah yang diambil wanita di bawah kepemimpinan Rafidah selalu dilihat bertepatan dengan keperluan dan masa. Ramai orang yang tidak menyukai beliau atas alasan mahukan perubahan. Tetapi perubahan bukan semata-mata penggantian atau pertukaran pemimpin. Tiada maknanya penggantian jika stail dan pendekatan kepemimpinan yang diambil kurang berkesan. Saya tidak mahu campur tangan tentang urusan wanita, tetapi saya tidak dapat menyembunyikan rasa kagum saya terhadap Rafidah Aziz. Mahathir pernah mendakwa beliau tidak begitu menyenangi Rafidah, tetapi dia tetap dipilih untuk memegang portfolio yang amat penting di bawah kepemimpinan mantan perdana menteri itu. Maknanya Mahathir melihat kekuatan tertentu memang ada pada Rafidah dan rugilah kalau kekuatan yang masih diperlukan itu dipersia-siakan semata-mata terdesak dengan angin perubahan.
Sampai jumpa lagi, wassalam.
Abd Bashid Harun











No user commented in " Surat Dari Pembaca Setia Blog GuruBashid "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply