1. Dalam Blog Dr Khir Toyo
NAMPAKNYA pembangkang di negara ini mahu menyelesaikan masalah rakyat di hujung-hujung lidah mereka yang tidak bertulang, yang mereka gulung-gulungkannya lewat ceramah dan pidato mereka yang berapi-api itu.
Mujurlah mereka ada kebolehan berceramah, jika tidak mereka hampir tidda ada apa-apa yang hendak diberi kepada rakyat.
Mereka telah pun diberi sebuah negeri(Selangor), tetapi mereka masih mengingini sebuah pentas yang luasnya hanya beberapa kaki persegi sebab kebolehan sebenar mereka hanya ada di pentas itu.
Mereka melihat masalah rakyat dapat diselesaikan melalui ceramah-ceramah mereka.
Mereka mengharapkan rakyat percaya akan kata-kata mereka dalam ceramah-ceramah mereka.
Pembangkang seolah-olah ingin menyuap rakyat melalui lubang telinga mereka, sedangkan rakyat memerlukan makanan yang disuap daripada mulut lalu masuk ke perut mereka. Sungguh retorik pembangkang ini.
2. Dalam Blog Dato’ Hj Rosul Wahid
UMNO bukan sekadar parti, tetapi ia adalah lambang perpaduan orang Melayu dan pemimpin bagi parti-parti berbagai-bagai kaum di negara ini. Dalam kedudukannya yang begitu, UMNO mesti kuat dan sentiasa berada di hadapan.Goyah UMNO bererti goyah seluruh bahagian di bawahnya. Orang melihat Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Jika UMNO lemah dan berpecah, orang ramai akan melihat itu adalah kelemahan dan perpecahan orang Melayu. Sebab itu UMNO tiada pilihan lain selain menjadikan dirinya kukuh dan diperkukuhkan oleh ahli-ahlinya.Ini memerlukan pengorbanan dan masa.
3.Dalam Blog Dr Novandri Hasan Basri
Harapan kita untuk melihat UMNO kuat dan semakin relevan haruslah optimis. Harapan itu menjadi do’a buat kita. Harapan itu mestilah disertai dengan usaha berterusan bagi memperkukuhkan UMNO. Nasib dan masa depan UMNO tidak boleh dibiarkan berjalan sendirian tanpa usaha, ikhtiar dan harapan positif daripada setiap pemimpin dan ahli-ahlinya. Masing-masing kena menyumbang apa jua yang ada untuk memperkukuhkan UMNO.UMNO tidak membesar dengan cara mencari salah si polan dan si anu. UMNO dibesarkan dengan dorongan dan usaha yang positif daripada mereka yang berfikiran positif.Relevan atau tidaknya UMNO pada masa akan datang ditentukan oleh tangan ahli-ahlinya sendiri. Tuhan hanya memberi atas apa yang kita mahu UMNO terjadi. Jika kita inginkan UMNO yang kuat,kekuatan itulah yang akan diberikan kepada kita
4. Dalam Blog Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Assalamu ‘alaikum Dato’,
Cara beginilah yang rakyat luar bandar mahukan. Turun ke padang dan terus menemui sasaran. Kerja sebegini memang meletihkan, tetapi percayalah Dato’ kesannya amat besar dan darjah kepuasannya amat tinggi. Rakyat bukan ingin menarik wang daripada poket kita, tidak sama sekali. Rakyat cuma ingin melihat wajah jernih kita dan ketulusan kita.Apabila kita sanggup memijak lantai rumah mereka yang uzur tanpa kasut, mengusap badan mereka yang sakit, dan memeluk serta bersalaman dengan mereka itu sudah cukup berharga buat mereka. Bantuan kebendaan boleh diusahakan kemudian, tetapi yang lebih penting di peringkat awal ialah kehadiran badan dan jiwa kita sendiri menemui mereka.
5. Dalam Blog Norizan Sharif
Begitulah dia menarik perhatian orang ramai ke atas dirinya. Dia ingin dunia melihat hanya kepadanya seorang. Dia mahu dunia mendengar hanya kata-katanya dan menerima hanya fikiran-fikirannya. Dia mahu mencipta trade marknya sendiri. Dia mahu dilihat sebagai Mahathir dengan mahathirismenya yang meninggalkan fenomena. Sebab itu dia dan krisis adalah sinonim. Dia sukakan krisis, lalu dia mencipta krisis demi krisis. Krisis lebih menonjolkan dirinya. Jika tiada krisis dia akan jadikan dirinya sebagai bahan krisis. Itulah Mahathir dan mahathirismenya.Satu dan tiada duanya.
6. Dalam Blog Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Sejarah 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri telah mencatatkan bahawa tiada siapa yang dilihat lebih benar daripada dirinya sendiri. Semua Timbalan Perdana Menteri pada zamannya tak berkesempatan menjadi Perdana Menteri, kecuali Pak Lah. Walaupun Pak Lah selamat sebagai Timbalannya, tetapi sebagai Perdana Menteri Malaysia Pak Lah melalui jalan sukar sebab dia dilihat tidak sesuai oleh Tun Mahathir. Bagi Mahathir Pak Lah hanya sesuai sebagai Perdana Menteri, tetapi hanya untuk sepenggal, dan selepas itu dia tidak sesuai lagi. Itulah Tun Dr Mahathir, dominasinya melepasi sempadan peranan,masa dan ruang.
9:29 PM, Mei 22, 2008

















No user commented in " Komentar Terbaru GuruBashid "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply