1 Kerajaan diharap tidak terlalu melayan WikiLeaks. Kalau pembangkang ya sebab mereka memang bergantung kepada berita yang sensasi dan kabur seperti itu bagi memudahkan mereka memanipulasinya untuk kuntungan mereka.
2 Sama ada wujud web seperti WikiLeaks atau tidak kerajaan tetap seperti biasa, terus bekerja untuk kepentingan negara dan rakyat tanpa rasa diganggu dan tersentuh perasaan dengan laman pemecah belah dan pembocor rahsia kerajaan seperti itu.
3 Sistem pentadbiran, sistem kehakiman dan sistem perundangan kita cukup ampuh. Kita harus percaya kepada sistem yang kita sendiri wujudkan dan telah pun teruji nilai bandingannya sekian lama. Jadi tiada sebab kehadiran web seperti WikiLeaks itu terlalu disensasikan dan dilayan berlebihan secara beremosi.
4 Pembangkang yang sepatutnya lebih tertekan dengan kehadiran laman seperti WikiLeaks tetapi bukan kerajaan. Kerajaan sudah berada di landasan yang benar dan sentiasa memperkukuhkan dirinya untuk berdepan dengan apa jua cabaran yang mendatang.
5 Cabaran yang didatangkan dari WikiLeaks terlalu kecil berbanding dengan apa yang pernah dialami oleh negara ini. Kerajaan telah berjaya menangani setiap masalah yang berlaku di negara ini, jadi tiada sebab kita harus melayan berita-berita yang tidak tentu asasnya dan tujuannya seperti wikiLeaks itu. Lebih baik kita percaya kepada laporan berita kita sendiri, daripada mempercayai WikiLeaks yang tujuannya lebih untuk meraih populariti dan mewujudkan kesangsian dunia.
6 Kita harus tahu bahawa WikiLeaks tidak memilih mangsanya. Jika mereka boleh mengkritik Amerika, mereka juga boleh mengkritik kita. Mereka boleh sahaja memuji sesiapa yang mereka suka dan kemudian pujian itu menjadi kritikan apabila mereka tidak suka.
7 Sikap kewartawanan WikiLeaks yang tidak jelas ini mendedahkan sesiapa sahaja di dalamnya untuk berkompromi dengan mana-mana penjahat atau mereka yang bertujuan jahat atau berkepentingan peribadi untuk memburukkan seseorang atau sesebuah negara.
8 Jadi sebagai jawapan, jangan melayan mereka, sebaliknya percaya kepada keutuhan sistem pentadbiran, sistem kehakiman dan sistem perundangan yang kita sendiri wujudkan untuk sekian lama.
9 Kita harus tahu peranan tersembunyi WikiLeaks. WikiLeaks tidak ubah seperti sebuah laman sampah yang cuba mencampuri urusan negara lain dan mengandaikan itu dan ini tentang negara itu daripada pihak ketiga yang entah siapa. Mereka seperti pembeli maklumat dan kemudian menjualnya kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
10 Walau bagaimana pun kehadiran WikiLeaks seharusnya menjadi pengajaran kepada seluruh dunia bahawa betapa bahayanya dalam jangka panjang jika berita-berita yang dikeluarkan oleh WikiLeaks lebih mendapat tenpat dan dipercayai berbanding dengan kenyataan-kenyataan first hand daripada sumber-sumber berotoriti milik kita sendiri.
11 Di mana silapnya sehingga WikiLeaks sebuah laman sampah itu boleh mendapat tempat sebegitu rupa sehingga “menakutkan” dunia.
12 Ini adalah petanda kurang baik kepada dunia jika kebebasan dibuka seluas-luasnya kepada kewujudan laman web seperti WikiLeaks itu. Dunia harus mencari jalan penyelesaian bagaimana menangani kehadiran laman sampah seperti itu dan laman-laman lain yang akan wujud kemudiannya setelah mendapat inspirasi dari laman itu.
13 Jika kehadiran laman seperti ini dibiarkan berterusan tanpa tindakan yang sepakat daripada para pemimpin seluruh dunia, tidak mustahil dunia akan datang akan diwarnai dengan cara-cara pemberitaaan seperti itu yang kesan akhirnya akan meletakkan kita berada dalam keadaan curiga mencurigai, saling menimbulkan fitnah dan syak. Kita akan meragui antara satu dengan yang lain.
14 Malaysia harus mencari formulanya sebelum dunia mendapat ilham tentangnya. Kita tidak boleh membiarkan 1Dunia dipukul dengan rasa kesangsian dan prejudis antara satu dengan lain melalui senjata laporan WikiLeaks ini. WikiLeaks tidak ada apa-apa tanggungjawab kepada dunia ini.
15 Mereka hanya tahu seronok sahaja melihat dunia berasa sangsi dan mencurigai antara satu dengan lain. Yang menerima kesannya itu kita, jadi kita kena lebih bertanggungjawab untuk menangani hal seperti ini.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Kerajaan Tidak Perlu Melayan WikiLeaks "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply