Oleh: Hafiz Abdul @ uqbah09@yahoo.com
Kalau kita guru,adakah kita guru yang bercakap dan yang bersikap?
Apakah kita guru yang berkata dan mengkota?
Tentulah kita boleh menjawabnya
Bercakap mudah, bersikap payah
Berkata mudah, mengkota susah
Kalau kita guru yang berkata dan mengkota,
kita guru yang mendidik dan menjadi contoh
Jika kita guru yang bercakap sahaja,kita bukan guru
kita sebenarnya seorang penyampai maklumat
Atau kita guru yang hanya sekadar memberitahu
Kalau kita guru yang bercakap dan berbuat, kita akan dihormati
Murid-murid kita akan berkasih dan sayang serta taat
Kalau murid-murid kita ganas, tidak mendengar cakap, susah hendak didisiplinkan
Koreksilah diri
Suluhlah diri,apakah kita juga seorang yang taat
Guru ibarat sebatang kayu,jika lurus kayu itu,maka luruslah bayangannya
Bengkok kayu bengkoklah bayangannya
Begitulah guru yang baik, baik pulalah murid-muridnya
Kalau ada sedikit-sedikit yang jahat itu biasalah
Ianya sekadar untuk menguji,sabar atau sebaliknya
Oleh itu disamping kita perhatikan murid-murid,kita perhatikanlah juga diri kita. Apakah kita seorang guru,atau hanya seorang penyampai
GuruBashid:
Terima kasih sdr Hafiz
















3 users commented in " Kandungan Email Seorang Rakan "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksalam
mohon diterbitkan http://gmbachok.blogspot.com/ sekadar untuk bermuhasabah
wah wah dah semakin maju gurubashid sekarang dah hampir 3 tahun dalam berblog ni ya. mohon untuk diterbitkan sumber artikel di atas untuk tujuan copyright tu. win-win situation. alang-alang ada conection internet di rumah guru bashid, cuba terapkan kepada semua untuk mendalami ilmu affiliate marketing dengan guna platform youtube sebagai punca pendapatan dari clikbank dan comission junction. amat rugi gurubashid tak didedahkan dengan teknik video marketing ni. sekadar info. selebihnya cari tuntutlah ilmu di www.lisahilmi.com.
tq panduannya saya dah beli. cuma tuntut ilmu di blog tu saja.
Abd Bashid:
Tahniah atas penglibatan Suhaili dan isteri dalam kedai emas. Semoga usaha terbaru ini lebih membuahkan hasil. Pakanjang dah link.
Tahniah. Suka lihat sahabat yang begitu berjaya menyumbang ke aarah membina insan Guru 1Malaysia.
Leave A Reply