Assalamu’alaikum saudara Alias, semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda.
Untuk pengetahuan saudara Alias, meskipun saya sudah lama menjadi ahli UMNO, saya hanya memilih untuk aktif membantu UMNO ketika UMNO mengalami kekalahan di beberapa buah negeri dan berada dalam situasi tidak menentu seperti sekarang ini.
Ada orang yang begitu menonjol ketika UMNO tengah kuat; ada juga individu yang menonjol ketika UMNO dalam situasi kritikal dan saya pula muncul ketika UMNO dilihat lemah.
Saya memilih untuk terus bersetia dengan UMNO ketika sebahagian orang menolak UMNO. Bagi sesetengah orang tentulah keputusan ini gila. Tetapi jika pilihan ini dianggap gila, kegilaan seperti ini memang diperlukan dalam UMNO jika UMNO ingin berubah.
Tentulah pilihan itu telah saya fikirkan masak-masak. Dan tentulah saya tidak bermain-main dengan keputusan yang saya ambil ini. Bagi saya inilah hidayah yang paling besar yang Allah beri kepada saya, iaitu untuk bersama-sama UMNO ketika UMNO perlukan bantuan dan pertolongan.
Semakin ramai orang yang menekan UMNO semakin kuat keyakinan saya kepada UMNO.Saya mahu memulakan sebuah UMNO yang dalam keadaan dagang dan bekerja dengan orang-orang yang hanya nampak UMNO sebagai wadah perjuangan, bukan wadah habuan.
Sebab itu saya bersedia menerima apa sahaja yang berlaku kepada UMNO sebab saya yakin Allah sedang membuat pembersihan dalam UMNO untuk menerbitkan sebuah UMNO yang sebenar.
Saya juga yakin dengan jawapan Saidina Ali karramallahuwajhahu ketika ditanya kepada beliau apakah pengertian jamaah. Imam Ali menjawab, “jamaah itu kamu kekal dalam wadah kebenaran sekalipun kamu terpaksa tinggal seorang diri”.
Saudaramu seagama,
Abd Bashid Harun











No user commented in " Jawapan Kepada Mesej Pembaca Blog "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback