Assalamualaikum Ustaz Bashid,
Saya Azwan Awang, pelajar SBP Sabah dari tahun 1989-1994. Saya lebih familiar dengan memanggil ustaz kerana ustaz mengajar kelas saya 5 Alpha tahun 1994. Kini saya bekerja dengan Lembaga Koko Malaysia sebagai penyelidik dan buat masa ini saya mengambil cuti belajar dan berada di Niigata University, Jepun untuk kursus Ph.D dalam bioteknologi.
Saya sangat gembira dapat bertemu semula dengan ustaz walaupun di internet. Saya sememangnya meminati gaya pemikiran dan ucapan ustaz semasa di SBPS dahulu. Saya masih ingat ustaz menegur pelajar kerana merosakkan dan menodai Mr.Dic. Kami tertanya tanya siapakah Mr. Dic, dan rupa-rupanya Kamus DBP (dictionary) yang diletak di sudut-sudut tertentu di sekolah pada masa itu. Masih kekal dalam ingatan.
Saya doakan semoga ustaz sentiasa sukses dunia dan akhirat.
Keep in touch.
Azwan Awang
Niigata University

















3 users commented in " Email Daripada Bekas Pelajar "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam cikgu…
Beshnye jadi cikgu ni ye???
Budak dah lame2 dulu pon still ingt dgn cikgu..
Kite pun blom tentu ingt dgn budak tu..
Gleme gile jadik cikgu ni rupenye..:D
salaam…cikgu bashid,saya ingat lagi c azwan ni selalu main drum time sekolah ada majlis…
Siapa kita tanpa guru…Guru adalah seorang insan yang mulia. Sanggup malakukan apa saja demi anak bangsa.
Leave A Reply