Pada18 Februari, sekolah saya menerima seorang guru yang bertukar dari Ipoh, Puan Sharifah. Saya sudah pun mengucapkan Selamat Datang  kepada beliau di sekolah, kini saya  ingin ucapkan sekali lagi di blog saya. Yang lebih menarik beliau juga mempunyai blog sendiri, Secangkir Kopi. Semalam pula saya dijemput oleh saudara ova kibar pemilik blog sekolah politik untuk melihat posting terbarunya(dipost pada 18 Februari 2008) yang diberi judul Sapi, Idiologi Politik dan Kebaikan Moneter. Saya mengucapkan terima kasih atas undangan itu.Saya kira bukan saya seorang sahaja yang dijemput malah ramai blogger diundang sama. Antaranya saudara irdan pemilik blog http://www.salewangang.blogspot.com/.Memang menarik apa yang cuba diketengahkan lewat posting itu. Nampaknya sapi yang disebut dalam Quran sebagai baqar atau baqarah, yang dikenali sebagai lembu di Malaysia dan “cow” itu  bisa dieksploitasi secara berbeza tergantung kepada ideologi yang dianut oleh sesebuah negara itu. Postingan itu mengingatkan saya kepada artikel yang saya tautkan dengan portal kenalan dan sosial terhebat masa kini, yang saya sendiri menyertainya sebagai ahli berbayar  iaitu virtualfriends yang berjudul Economic Models Based On Cows . Artikel itu saya tautkan ke portal berkenaan pada 25 Disember 2007.  Cuma dalam artikel berbahasa Inggeris itu tidak disebut nama Indonesia dan Malaysia. Barangkali pemilik sekolah politik itu berusaha untuk mengembangkan idea sapi (lembu) di negara beliau  dan kemudiannya mengeksportnya semula ke negara Malaysia. Artikel Economic Models On Cows itu saya petik daripada sumber asalnya  blog Bronze Pad, milik saudara Mike. Untuk melihat teks penuhnya yang ditulis pada 16 Mei 2007, anda boleh  membacanya di sini http://www.bronzepad.com/2007/economic-models-based-on-cows/. Selamat membaca dan melayari blog daripada GuruBashid.