Lain orang lain caranya. Ada yang melihat hanya kepada satu cara dan cara itu sahaja yang difikirkannya betul sehingga menutup pintu hatinya kepada cara-cara lain atau orang lain.
Ada orang yang bersedia dengan pelbagai alternatif. Mereka ini apabila gagal dengan satu cara, bersedia pula berpindah kepada cara yang lain.
Ada orang yang melihat kita harus bergerak dengan pelbagai cara supaya lebih besar sasaran yang dapat dilibatkan dan kesannya juga lebih menyeluruh.
Tegasnya tidak ada satu cara yang lebih betul atau lebih buruk daripada yang lainnya sebelum hasilnya dapat dilihat.
Begitulah juga halnya kita sebagai blogger. Jangan beranggapan blog inilah segala-galanya dan satu-satunya. Blog hanyalah alat atau saluran. Banyak alat dan saluran yang boleh digunakan untuk memberikan pandangan tentang sesuatu. Blog hanyalah salah satu daripadanya. Kalau boleh kita gunakan semua saluran atau alat itu.
Sebagai contoh, YB Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak pernah menjadikan blog beliau Mencerna Minda Melakar Bangsa sebagai tempat penyelesaian masalah.
Blog bagi beliau hanyalah saluran untuk mendapat maklum balas tentang sesuatu isu dan wadah bagi beliau memaklumkan segala aktiviti yang dilakukan.
Namun untuk menangani atau menyelesaikan sesuatu masalah, beliau memilih untuk turun ke padang; bertemu dan tinggal dengan sasaran sebenar.
Malahan beliau sedang mengatur satu pertemuan dengan bloggers dan individu-individu yang selalu memberi komen dalam laman beliau. Satu pendekatan yang saya kira baik dan terpuji.
Setelah berbincang di alam siber, bawa berbincang pula di alam nyata. Sebahagiannya sudah boleh pendapat seseorang menerima melalui maya, sebahagiannya pula hanya akan menerimanya apabila disentuh dan bertentang mata.
Sebahagian pula sudah menolak atau menerima seseorang itu awal-awal lagi tak kira apa alasan dan apa yang terjadi.
Begitulah hebatnya makhluk yang bernama insan, ciptaan terbaik Tuhan. Tuhan tidak pernah mengikat manusia dengan satu cara dalam mendepani pelbagai ragam manusia dan perkara. Gagal satu cara beralih ke lain cara.
Namun berkeluh kesah dan putus asa ditegah sama sekali.Tindakan YB Tan Sri Muhammad adalah tindakan telus dan berani.Tentulah yang hanya bersedia dan berfikiran terbuka berupaya melakukannya.
Saya sendiri mungkin boleh hadir jika ada kad jemputan rasmi untuk diunjuk kepada majikan saya. Itu pun kalau masa cuti, jika tidak, saya hanya berupaya memberi sokongan moral sahaja.
Walau apa pun Tan Sri, kita melakukannya bukan untuk mendapat reda manusia. Kita hanya menunjuk cara, tetapi kerja mengubah hati adalah kerja Ilahi.
Ketahuilah kita tak boleh mengambil alih kerja Tuhan walau sesaat cuma. Yang boleh kita lakukan hanyalah melakukan pengorbanan dengan kerja berterusan, sambil berikhtiar, berdo’a dan bertawakkal.
Abd Bashid Harun

















1 user commented in " Dari Alam Siber Ke Dunia Nyata "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSdr.. ambe ingat blog untuk cikgu ade ler ilmu perguruan yang hendak di sampaikan tapi politik pulak yang lebih…
Anyhow good luck..
wassalam…
Leave A Reply