” Saya tahu ramai yang menunggu pandangan saya mengenai Sekolah Satu Aliran.Sehingga kini blog saya tidak pernah memaparkan logo Sekolah Satu Aliran walaupun logo seumpama itu telah dipopularkan beberapa bulan yang lalu. Namun pandangan saya ini jangan pula disalah tafsir sebagai menentang sebarang usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Cuma saya tidak mahu kita terburu-buru mengenainya hanya didesak oleh adanya gagasan 1Malaysia lalu kita mahu menyumbat semua ke dalam corong 1Malaysia.Realitinya kita sendiri belum pasti atau jelas mengenai konsep, kerangka dan modus operandinya. Gagasan 1Malaysia masih baru dan masih banyak yang perlu diteroka dan difahami dengan jelas. Tiba-tiba diasak dengan satu lagi gagasan iaitu Sekolah Satu Aliran, yang saya kira kalau tidak sama berat dengan gagasan 1Malaysia pun mungkin lebih berat lagi. Saya ingin beritahu anda bahawa bukan semua perlu menjadi satu hanya kerana adanya gagasan 1Malaysia. Ada perkara yang perlu dikekalkan sahaja dalam bentuknya yang asal. Ada yang perlu sedikit pengubahsuaian dan ada yang perlu dirombak terus. Yang penting apa yang dibuat tidak lari daripada perlembagaan dan tidak menggugat keamanan sedia ada. Mengenai Sekolah Satu Aliran, saya berkongsi rasa ghairah ramai pihak tetapi sekadar dari segi idea dan semangatnya. Dari sudut pelaksanaannya kehendak rakyat itulah yang mesti diutamakan. Sayugia diingat dalam gagasan 1Malaysia, bukan 1Malaysia sahaja yang ada. Masih ada dua entiti lain yang mesti diberi perhatian yang sama penting. Jangan disebabkan keghairahan kita mencanang 1Malaysia kita terlupa kepada yang dua lagi. Pertama klausa RAKYAT DIDAHULUKAN dan kedua klausa PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Adakah seluruh rakyat bersetuju dengannya atau satu pihak sahaja yang terlebih ghairah dek keasyikan gelombang 1Malaysia. Adakah di pihak yang bersetuju itu pula berbaur dalam perasaan mereka antara rasa bimbang dan yakin tentangnya. Adakah dengan wujudnya Sekolah Satu Aliran pencapaian pelajar seperti yang ditunjukkan di sekolah aliran Cina dan Tamil dahulu, terutama dalam Sains dan Matematik yang selalunya cemerlang akan terjejas dengan cara-cara yang ada dalam Sekolah Satu Aliran itu.Adakah pencapaian pelajar-pelajar Melayu, terutama dalam dua mata pelajaran itu akan berlaku lonjakan saujana dengan wujudnya Sekolah Satu Aliran. Banyak perkara yang mesti dipecahkan dahulu sebelum Sekolah Satu Aliran dibentuk. Banyak perkara yang disaran oleh PM yang perlu dilaksanakan melalui gagasan 1Malaysia ini. Saya ulangi, bukan satu, tetapi banyak. Beri tumpuan kepada yang ini dahulu. Sekolah Satu Aliran atau seumpamanya akan datang kemudian apabila isu-isu yang mendepaninya selesai dahulu.Tentunya apabila majoriti rakyat sudah cukup bersedia, walaupun bukan semuanya, Sekolah satu Aliran bukanlah sesuatu yang mustahil.Saya tidak mahu gagasan 1Malaysia yang sudah cantik rupa bentuknya dan sudah dapat diterima oleh rakyat akhirnya dicurigai hanya kerana saranan yang satu ini. Saya percaya DS Najib ada kebijaksanannya sendiri dalam hal ini. Beliau tentu lebih tahu apa yang patut diberi keutamaan dan perkara mana yang menyusul. Kita patuh sahaja,” GuruBashid
Artikel Berkaitan KLIK DI SINI














1 user commented in " Ulasan Awal Saya Mengenai Sekolah Satu Aliran "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackKerajaan kaji kaedah pembelajaran Sains, Matematik di SJKC: Muhyiddin
Daripada Azran Jaafar
BANDUNG: Kerajaan akan mengkaji kaedah pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berikutan prestasi lebih baik yang dicatatkan murid dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah itu akan diterapkan di Sekolah Kebangsaan (SK) selepas wujud jurang pencapaian antara kedua-dua jenis sekolah ini.
Katanya, secara keseluruhan keputusan UPSR tahun ini lebih baik tetapi kerajaan melihat ada perbezaan membabitkan pencapaian kedua-dua mata pelajaran itu antara SK dan SJKC.
“Kita mahu melihat model pembelajaran yang mereka gunakan dan saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran (Tan Sri Alimuddin Mohd Dom) bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk melakukan kajian mengenainya,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kelautan dan Perikanan Republik Indonesia, Fadel Muhammad, di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, selain perbezaan pencapaian mata pelajaran, analisis pencapaian dalam beberapa perkara juga akan dikaji.
Mutakhir, Berita Harian, 22 Disember 2009
Leave A Reply