1. Tidak sampai sepuluh minit selepas DS Najib mengumumkan calon BN yang akan mewakili parti itu dalam PRK 059 Bukit Gantang serangan pertama telah pun dilakukan.
2. Serangan pertama hari ini dan diikuti beberapa siri serangan kemudiannya datang daripada pasukan B musuh yang menyamar.
3. Mereka menggunakan peluru berpandu jenis TK bersaiz lebih lebar yang telah diprogramkan tepat ke arah hati beberapa pemimpin UMNO Bukit Gantang dan penyokong mereka.
4. Menurut pakar perang saraf di sini, senjata yang sama pernah digunakan semasa PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Cuma kali ini saiznya agak lebar.
5. Menurut penganalisis perang lagi taktik serangan yang serupa akan terus disasarkan ke arah kubu UMNO dalam beberapa hari ini sebelum pihak musuh menukar taktik serangan.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Serangan Pertama Musuh Guna Peluru Jenis TK "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply