KALAU artikel sebelum ini saya mengesyorkan agar organisasi melakukan Analisis Persekitaran (Enviromental Analysis) berdasarkan faktor Politik, Ekonomi,Sosial dan Teknologi atau P.E.S.T, kali ini saya mencadangkan pula Analisis Organisasi.
Analisis Organisasi melihat kepada Prestasi (PR) keseluruhan organisasi berdasarkan faktor-faktor dalaman yang wujud pada diri ahli dalam organisasi itu sendiri seperti kejelasan peranan mereka(JP), Kompetensi (Ko), Persekitaran kerja yang mempengaruhi ahli (Pe), Nilai (Ni), Kesesuaian kedudukan (Kk) dan Ganjaran (Ga).
Analisis Organisasi ini boleh disimpulkan dalam satu rumus atau formula, iaitu:
PR=JP x Ko x Pe x Ni (Kk x Ga)
JP= Jelas Peranan
Sejauhmanakah setiap ahli dalam organisasi jelas akan peranan masing-masing?
Kalau sudah jelas adakah mereka faham apakah yang sepatutnya mereka lakukan?
Ini penting supaya ahli hanya melakukan sesuatu yang menjadi peranan mereka. Jika berlaku pertembungan peranan, mereka tahu peranan manakah yang harus diberi prioriti.
Ko=Kompetensi
Adakah setiap ahli dalam organisasi tanpa mengira pangkat dan kedudukan mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang tugas mereka?
Adakah mereka mempunyai kemahiran untuk melakukan apa yang diharapkan daripada mereka untuk sekarang dan akan datang?
Pe=Persekitaran
Adakah suasana tempat kerja kondusif:mendorong dan melorong staff bekerja dengan bersungguh-sungguh, penuh tanggungjawab ikhlas dan seronok dengan kerja-kerja mereka?
Adakah persekitaran kerja termasuk kemudahan fizikal, peralatan,faktor kumpulan, struktur organisasi, budaya kerja dan nilai yang wujud menekankan aspek kualiti?
Adakah persekitaran kerja berwatak sebuah organisasi pembelajaran yang memberangsang iklim R & D, budaya ilmu, melakukan benchmarking dan penambahbaikan?
Ni=Nilai
Adakah semua ahli organisasi menerima apa jua kerja yang diminta mereka melakukannya?
Adakah ahli organisasi bersetuju dengan budaya dan nilai organisasi?
Adakah ahli organisasi sedang menyokong nilai- nilai organisasi mereka atau sebaliknya?
Kk=Kesesuaian kedudukan
Adakah semua ahli sesuai dengan kerja-kerja mereka sekarang?
Adakah mereka berpuas hati dengan peranan yang diberikan kepada mereka?
Adakah mereka berpuas hati dengan kerja mereka?
Ga=Ganjaran
Adakah ganjaran yang diberikan bersesuaian dengan apa yang dijangkakan?
Adakah ganjaran yang diberi sesuai dengan prestasi atau hasil kerja ahli?
Adakah ganjaran yang diberikan memotivasikan individu?
Adakah ganjaran yang diberi itu masih boleh diberi ruang untuk memberi maklum balas (sama ada secara eksplisit dan intrinsik)
Disesuaikan daripada nota-nota kuliah Abd Bashid Harun

















No user commented in " PR=JP X Ko x Pe x Ni (Kk x Ga) "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply