Dalam proses mencari dan menilai strategi yang terbaik untuk digunakan, seseorang itu perlu mempunyai pemikiran atau idea yang inovatif. Seorang yang berinovatif itu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cara “smart”.

Jika seseorang pengetua/pengurus itu terlalu kreatif tetapi tidak berani mengambil risiko untuk mencuba kaedah baru, maka ia akan tinggal sebagai mimpi. Manakala seorang pengetua/pengurus yang berani melakukan perubahan tetapi tidak kreatif, maka kerja tersebut menjadi sukar dan mencabar.

Oleh itu seorang pengetua/pengurus yang ada idea kepada cara atau kaedah baru dan berani mengambil risiko untuk melakukan perubahan, maka pengetua/pengurus tersebut adalah seorang yang berinovatif, iaitu sesuatu kerja itu dilakukan bukan dengan cara “hard work” tetapi dengan cara “smart work”.

Dalam berfikir, seseorang itu akan menggunakan sama ada otak kiri atau otak kanan. Otak kiri dilakukan di dalam proses perancangan apabila membuat rasional dan analitikal.Ia lebih khusus kepada perkara yang berkaitan dengan kuatitatif.Ini penting dalam analisis persekitaran organisasi,luaran dan dalaman.

Manakala otak kanan digunakan bagi perkara-perkara yang lebih kemanusiaan, emosional tidak verbal, induktif dan kualitatif. Dalam pemilihan strategi dan implementasi pelaksanaan strategi, otak kanan amat perlu digunakan.

Setiap orang mempunyai dua hemispihera otak.Oleh itu setiap orang berupaya berfikir secara kreatif. Satu pandangan yang kreatif itu ialah cara bagaimana kita melihat terhadap sesuatu itu atau cara pendekatan yang digunakan.

Dalam mencabar sempadan paradigma yang ada dalam pemilihan strategi, beberapa teknik boleh digunakan:

Pertama: Tanyakan persoalan berikut:
1 Apa? dan kenapa?
2. Bila? dan kenapa?
3. Bagaimana/di mana dan kenapa?

Kedua: Gunakan persoalan yang boleh membuka kepada pelbagai pendekatan atau idea. Di antara soalan soalan tersebut lalah seperti:

1. Sesuaikan?
2. “Modify”?
3. Meminimumkan?
4. Memaksimumkan?
5. Menggantikan?
6. Menyusun semula?
7. “Reverse”?
8. Menggabungkan?

Ketiga: Bertanyakan soalan yang bermula dengan persoalan:

1. Apa jadi jika/kalau …. ?
2. Apa yang boleh dibuat kalau……?
3. Bagaimana kalau….?

Keempat: Gunakan kaedah sumbangsaran bagi mendapatkan idea dan pandangan yang pelbagai kerana banyak kepala memungkinkan banyak idea. Dalam menjalankan sesi sumbangsaran,sila pastikan segala peraturan sumbangsaran dipatuhi sepenuhnya.

Sumber: Nota Kuliah