1 Sekarang kita sudah berada di akhir tahun. Kita sepatutnya sudah selesai menyemak dan menilai tentang apakah pencapaian organisasi kita setakat ini dan apa pula yang kita harapkan.

2 Adakah terdapat jurang yang ketara antara apa yang kita hasratkan dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Tetapi jika kita belum mewujudkannya atau melakukan pengubahsuaian, kita masih belum terlambat untuk melakukannya.

3 Organisasi yang merasakan wawasan yang digubalnya kurang berkesan atau sekadar membeku pada tulisan di dinding dan bahan dokumentasi serta tidak membawa apa-apa kesan signifikan kepada organisasi perlu memadam wawasannya dan perlu menggantikannya dengan yang baru atau mengubahsuainya agar ia menjadi lebih realisitik dan dinamik.

4 Begitu juga halnya organisasi yang baru perlu menzahirkan sebuah wawasan baru.

5 Pembinaan wawasan yang ideal dan kreatif adalah satu elemen yang penting dalam proses kerja membina plan perancangan strategik.

6 Intipati kepada perancangan strategik ialah tentang bagaimana kita berfikir tentang organisasi kita, urusan kerja kita dan cabaran persekitaran yang wujud.

7 Tanpa melalui imaginasi, atau saya selalu sebutkan kekuatan memeta masa depan, kita tidak akan berupaya melihat semua kemungkinan yang terdapat pada masa hadapan.

8 Kita bukan sahaja boleh mengenal pasti peluang tetapi bahkan mengekploitasikannya. Wawasan yang strategik adalah faktor yang menentukan organisasi boleh menjadi proaktif.

9 Para pemimpin yang hebat dalam sejarah, mempunyai keupayaan untuk melihat masa hadapan dan menghubungkannya kepada pengikutnya.

10 Wawasan adalah satu elemen yang penting dalam ciri ciri dan stail kepemimpinan masa kini.

11 Pemimpin yang berjaya masa kini pun dilihat terdiri daripada mereka yang mempunyai wawasan yang hebat. Oleh itu adakah anda mempunyai wawasan yang hebat untuk diri, keluarga dan organisasi.

12 Wawasan itu adalah satu elemen yang kritikal dalam pemikiran strategik, di mana gambaran yang jelas tentang apakah masa hadapan yang diinginkan menjadi elemen perlama yang perlu wujud dalam proses perancangan strategak

13 Langkah pertama yang diperlukan dalam membina wawasan ialah melakukan pemindahan sempadan paradigma.

14 Paradigma ialah satu set peraturan, undang undang dan nilai yang akan :

1.Mewuludkan sempadan-sempadan pemikiran dan tanggapan seseorang.
2. Satu set peraturan untuk kejayaan.
3. Menunjukkan apakah itu yang utama dan penting atau tidak.

15 Menurut Joel Baker, untuk menjadikan sesebuah organisasi itu berprestasi tinggi dan berpusat kepada pelanggan, organisasi itu mesti terlebih dahulu menjalani proses “paradigm shift” yang mana akan cuba menjawab soalan:

“What is impossible to do today … but if it could be done …. Would fundamentally change the way you do business?”

16 Maka dalam membina wawasan yang baik, organisasi perlu melihat di luar sempadan yang wujud sekarang. Oleh itu anda perlu menjadi sebagai seorang “perintis sempadan”.

17 Walau bagaimanapun paradigma nilai dan budaya lebih sukar dan lambat berubah berbanding dengan perubahan paradigma dalam teknologi, kejuruteraan atau lain lain yang lebih materialistik

18 Latihan

• • •

• • •

• • •

Arahan dan Peraturan:

1. Sambungkan kesembilan=sembilan titik tersebut dengan satu pergerakan sahaja tanpa mengangkat pen anda
2. mesti terdapat 4 garisan yang menyambungkan kesemua titik tersebut.

19 Prosedur Untuk Membina Wawasan Yang Kreatif

Terdapat 8 langkah dalam titik imaginasi yang digunakan.

20 Langkah Tindakan
1. Organisasi dalam kontek: Bayangkan organisasi anda seperti sebuah muzium yang terdapat banyak galeri yang perlu kita terokai dalam lawatan kita.
2. Sejarah Organisasi: Lihat sejarah perkembangan organisasi dan bayangkan bagaimanan kita boleh berada di dalammya sekarang ini.
3. Perubahan Organisasi: Lihat tentang perubahan organisasi dan apakah perkara yang masih lagi sama kekal seperti dahulu.
4. Fungsi utama dan proses: Lihat pada aktiviti-aktiviti organisasi. Melalui peta minda, lihat apakah perkara yang kritikal kepada organisasi dalam perjalanannya. Apakah kunci kerja dalam organisasi anda?
5. Kunci Personel: Lihat pada bahagian personel, bayangkan dengan mengenal pasti siapakah orang penting dalam organisasi anda. Apa yang membuat mereka dilihat penting?
6. Kunci sumber: Apakah sumber yang ada. Bagaimana ia boleh berjalan dengan baik. Bagaimana ia digunakan secara cekap bagi mengeluar hasil maksima.
7. Ikhlim Organisasi: Apa perasaan anda terhadap organisasi anda, bayangkan perasaan anda di tempat kerja. Bayangkan perhubungan di tempat kerja pada semua peringkat
8. Kekuatan dan Kelemahan Organisasi: Bayangkan apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada organisasi. Apakah yang anda boleh kritik pada organisasi anda dan kritikan orang lain terhadap organisai anda.
9. Sekarang rekodkan semua peringkat imaginasi anda pada helaian kerja berikut(dari 1 hingga 8)

* Diubah suai dari Nota Kuliah