1. Jangan ambil mudah soal strategi dan taktik kempen.Gabungkan semua pakar strategi perang di sini. Anda sebelum ini telah bertindak betul apabila mengambil kata sepakat untuk bersetuju dengan mana-mana calon asalkan ia anak tempatan. Tetapi langkah awal yang tepat ini jangan sampai dirosakkan dengan strategi yang salah.

2. Jika anda tidak memahami garis panduan tentang strategi dan pendekatan kempen saya bimbang anda akan memilih strategi yang tidak tepat untuk peperangan ini.

3. Tidak ada yang remeh jika ia membabitkan soal strategi. Semuanya sama penting jika ia berguna untuk kemenangan kita.

4. Hal ini sama pentingnya dengan faktor calon.PRK P059 adalah peperangan yang diperhatikan oleh dunia. Setiap individu atau pengundi dalam peperangan ini menganggap diri mereka adalah tentera yang terlibat dalam setiap tahap pertempuran.

5. Dalam diam-diam sebahagiannya mungkin ragu-ragu untuk memenangi pertempuran ini, tetapi semua mereka mempunyai keazaman yang sama iaitu tidak mahu tewas dalam medan tempur di Bukit Gantang.Dan yang bakal muncul sebagai pemenang dalam peperangan ini hanyalah yang mempunyai strategi yang paling smart dan taktik perang yang paling tepat.

6. Lihat dengan siapa BN berlawan (PAS atau PKR) dan lihat latar belakang kawasan serta pengundi.Jangan borong semuanya sebagai sama sahaja dengan PRK sebelum ini. Saya ingin mengingatkan anda di sini adalah Bukit Gantang bukan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.Buat analisis SWOT dan rujuk dahulu UMNO Bahagian.

7. Ada individu yang sesuai didatangkan ke sini dan ada individu yang patut didiamkan di rumah mereka sahaja.Ada individu yang hanya sesuai untuk menulis dan ada individu yang hanya sesuai untuk bercakap.

8. Bukan semua isu yang kita tahu kita kena luahkan atau tuliskan, sebahagiannya terpaksa disimpan sahaja.Jangan berlagak serba tahu dan serba mahir di sini.

9. Mesti tahu membezakan antara isu tempatan dengan isu luar atau isu umum.Lebih penting lagi bila, di mana dan bagaimana isu itu harus dibentangkan. Jangan anggap semua pengundi sama sahaja.Begitu juga, dalam masa perang jangan menganggap setiap jam adalah sama sahaja.

10. Terdapat banyak isu tetapi hanya sebahagian sahaja berguna untuk tujuan kempen di Bukit Gantang, dan sebahagian besar lagi lebih baik untuk disimpan sahaja.

11. Kebanyakan isu boleh dibaca melalui surat khabar, dan ditonton melalui kaca TV. Tak perlu diulang lagi.Jangan mengulang isu dan membesarkannya sehingga bersaiz tidak logik.

12. Saya blogger dan sebagai blogger saya ingin katakan di sini bahawa bukan semua kandungan yang terdapat dalam blog sesuai untuk edaran umum.Sebahagian kandungan blog hanya sesuai untuk bacaan bloggers dan mereka yang tertentu sahaja.

13. Pastikan bahan yang hendak diedarkan melalui proses tapisan akhir dan ketat sebelum dicetak dan diedar kepada umum. Jangan berebut-rebut nak edarkan bahan takut bahan itu racun buat kita, dan senjata buat musuh.

14. Jangan edarkan sebarang bahan tanpa pengetahuan orang yang diberi kuasa dalam bidang itu kerana dikhuatiri terdapat kandungan yang tidak sesuai untuk bacaan umum.

15. Ada bahan yang sesuai untuk edaran masjid dan surau sahaja. Ada bahan yang sesuai untuk bacaan ahli UMNO sahaja. Dan sebahagian bahan sahaja yang mungkin sesuai untuk ahli-ahli dalam komponen BN.

16. Yang terakhir,tetapi yang terpenting, jangan cuba create isu jika anda sendiri tidak tahu merungkai dan menyudahkannya. Lebih baik layan dan jawab isu sedia ada.

Hakcipta Abd Bashid Harun