1 Salah satu kemahiran yang boleh menjadi senjata ampuh yang mampu digunakan oleh seseorang pembahas untuk mematahkan hujah lawan ialah kemahiran memanipulasi.
2 Kerap terjadi kebolehan seseorang pembahas memanipulasi hujah lawan berupaya membantu pasukan bahas yang tidak kuat untuk muncul sebagai juara.
3 Hujah-hujah sendiri yang lemah akan tenggelam begitu sahaja jika kita pandai memanipulasi hujah lawan.
4 Dalam konteks sesebuah perbahasan baik perbahasan ala parlimen mahupun perbahasan konvensional aspek yang dimanipulasi ialah hujah lawan. Ini melliputi fakta kes yang dibentangkan, bukti-bukti dan penjelasan yang dikemukakan.
5 Meskipun manipulasi dibenarkan dalam sesuatu perbahasan, elakkan sedapat mungkin memanipulasi aspek lain seperti bahasa, gaya dan diri pembahas itu sendiri.
6 Kita memanipulasi hujah lawan untuk membuktikan sama ada hujah itu lemah, terpesong atau tidak tepat.
7 Kita juga boleh memanipulasi sesuatu fakta dengan tujuan untuk menimbulkan keraguan yang munasabah melalui keterangan yang rasional dan logik.
8 Maksudnya ialah kita mahu menimbulkan kesan rasa bersalah atau rasa kurang yakin dalam kalangan pembahas lawan terhadap hujah mereka sendiri dan pada masa yang sama kita cuba mempengaruhi atau meyakinkan hakim dan penonton agar bersetuju dengan fakta kes yang kita bentangkan dan sebaliknya akan mula ragu-ragu dengan fakta kes lawan.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Panduan Bahas Ala Parlimen: Kemahiran Memanipulasi "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply