MODEL pengkayaan kurikulum atau the curriculum enrichment model boleh dicuba oleh pihak sekolah sekiranya matlamat perkongsian pintar sekolah-komuniti ingin dicapai. Model ini menekankan peri mustahaknya kesinambungan pembelajaran antara sekolah dan rumah melalui perkongsian pintar antara ibu bapa dan komuniti luar dengan pihak sekolah. Ia seolah-olah memberi gambaran kepada kita hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan meletakkan sistem pendidikan kita bertaraf dunia tidak akan berjaya jika ibu bapa sebagai tuan punya sebenar anak-anak tidak berkongsi hasrat itu.Dalam perkara-perkara tertentu guru mesti akur tentang kepakaran ibu bapa yang kalau tidak melebihi pun sekurang-kurangnya menyamai kepakaran para guru. Di luar sana sebenarnya ada ibu bapa dan komuniti yang bersedia untuk membantu dalam bilik darjah tetapi kerana “perceived their involvement as not wanted or valued” atau “confused and often do not know what is expected of them or how they might contribute to their child’s schooling” seperti pandangan Davies, 1988 dan Epstein, 1990 mereka tidak membantu. Mereka ini mungkin terdiri daripada golongan profesional dan orang yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Bukan pihak sekolah tidak pernah menjemput mereka, cuma sekali sekala dalam aktiviti tertentu, tetapi apa salahnya jika mereka ini dibawa ke dalam kelas semasa sesi p & p berlangsung. Saya berpendapat dengan cara itu sumbangan mereka lebih dihargai dan menjadikan perkongsian sekolah-rumah lebih bermakna.

















No user commented in " Model Pengkayaan Kurikulum "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply