” UMNO Bukit Gantang di mana DS Najib adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan Datuk Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak berada di landasan yang betul. UMNO Bukit Gantang telah menemui momentumnya. Semangat dan perpaduan semasa yang kami tunjukkan sekarang ini cukup luar biasa. Kepimpinan UMNO Bukit Gantang cukup mantap dan kami sedang menunjukkan komitmen yang tinggi.Kami tidak mahu keadaan ini dikocakkan, jauh sekali dirosakkan dengan pendekatan dan strategi yang tidak kena sekalipun dengan niat yang baik untuk membantu” GuruBashid
1. Saya menghormati sdr Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan pemimpin muda dalam UMNO yang mahu mencuba nasib dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
2. Saya sering ke blog beliau dan membaca fikiran-fikiran beliau. Inilah juga yang saya lakukan apabila berkunjung ke blog sdr Mukhriz dan blog sdr Khir Toyo.
3. Selain itu saya juga melihat cara-cara beliau menanggapi sesuatu isu dan kesan campurtangan beliau dalam sesuatu perkara.
4. Tidak terlepas daripada pandangan saya ialah siapa kawan-kawan di sekeliling beliau dan blogger yang probeliau. Dari situ saya tidak dapat mengelak daripada membuat penilaian terhadap cara pemikiran beliau dan kesannya kepada parti UMNO yang saya cintai.
5. Tetapi sayugia diingat penghormatan saya kepada beliau tidaklah mengurangi penghormatan saya kepada dua calon Ketua Pemuda yang lain, Mukhriz dan Khir Toyo.
6. Apabila GuruBashid memilih tindakan Khairy untuk diulas pada hari ini, bukan bererti guru sedang menyokong dua calon ketua pemuda yang lain. Begitulah sebaliknya.
7. Saya tidak terlibat dalam mana-mana pemilihan pucuk pimpinan parti dan sayap-sayap parti. Saya seorang guru yang sedang memberi pandangan tentang poilitik dan apa yang saya mahu ianya berlaku.
8. Pendekatan GuruBashid dalam politik ialah pendekatan yang tidak berpihak. Dia hanya berpihak kepada UMNO dan kerajaan semasa.Jika dia bersetuju dengan tindakan A, dia tidak sampai mengisytihar musuh dengan lawan A. Jika dia mengkritik pendekatan yang diambil oleh B, bukan niatnya untuk menaikkan musuh B.
9. Sebab itu dia tidak mahu terperangkap dengan pendekatan sesetengah blogger yang ketara berada di pihak tertentu dan mengisytihar musuh kepada yang lain. Itu bukan cara guru.
10. Apabila saya memuji Mahathir, penghormatan saya kepada YAB Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi tidak sedikit pun berkurangan. Mahathir adalah bekas PM saya dan Pak Lah adalah Perdana Menteri saya sekarang di mana saya sedang berkhidmat di bawah kerajaan pimpinan beliau.
11. Saya melihat Tun Mahathir dan Pak Lah sebagai dua insan yang lebih istimewa daripada individu yang lain sebab itu mereka ditakdir Tuhan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka punya kekuatan masing-masing dan terus terang saya katakan untuk kebaikan dan masa depan UMNO dan BN saya lebih suka mengutip kekuatan-kekuatan yang mereka miliki daripada menghabiskan masa saya untuk mencari kelemahan mereka.
12. Tetapi penghormatan saya kepada mereka berdua dan sesiapa sahaja tidak melebihi penghormatan saya kepada parti saya UMNO dan BN. Ulasan-ulasan saya mestilah yang memperkukuhkan parti saya bukan yang melemahkannya.
13. Sebagai ahli UMNO yang bertanggungjawab, tulisan dan percakapan saya bukan untuk menyedapkan telinga sesiapa. Jika ia baik untuk parti, saya akan katakannya sekalipun ia mungkin tidak begitu berselera didengar oleh seseorang.
14. Saya hadir bukan untuk membelai hati sesiapa. Begitu juga bukan untuk menyakiti hati mana-mana individu. Bukan itu tujuan saya. Saya hanya lakukan untuk parti saya.
15. Saya adalah ahli UMNO biasa yang akan membuang undi di Parlimen Bukit Gantang. Tetapi demi parti saya mahu berperanan lebih dari sekadar ahli UMNO biasa. Saya mahu menjadi ahli parti yang bertanggungjawab kepada parti saya. Jika saya nampak ada sesuatu yang tidak kena saya mesti menegurnya.
16. UMNO Bukit Gantang di mana DS Najib adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan Datuk Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak berada di landasan yang betul. UMNO Bukit Gantang telah menemui momentumnya. Semangat dan perpaduan semasa yang kami tunjukkan sekarang ini cukup luar biasa. Kepimpinan UMNO Bukit Gantang cukup mantap dan mereka sedang menunjukkan komitmen yang tinggi.Saya tidak mahu keadaan ini dikocakkan dengan pendekatan dan strategi yang tidak kena sekalipun dengan niat yang baik untuk membantu.
17. Begitu juga rasa penghormatan dan kepercayaan UMNO Bukit Gantang kepada kepemimpinan tertinggi UMNO di mana DS Najib adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru begitu tinggi.
18. Malahan penghormatan dan kepercayaan UMNO Bukit Gantang semakin tinggi kepada pucuk kepimpinan parti apabila DS Najib berjanji akan meletakkan calon daripada ahli UMNO dan anak tempatan.
19. Namun apabila mendengar Khairy mahu mengatur strategi untuk memenangi PRK P59 Bukit Gantang perasaan saya sudah mula bercampur baur.
20. Terus terang saya nyatakan saya lebih banyak bimbang daripada berkeyakinan sebaik-baik sahaja mendapat tahu Khairy akan terlibat mengatur strategi PRK P59.
21. Niat beliau itu baik, tetapi niat kami ahli UMNO Bukit Gantang untuk melihat kemenangan calon BN tentu tidak lebih buruk dari itu. Saya ingin beritahu di sini bahawa UMNO Bukit Gantang tidak kurang ahli strategi dan pakar perang saraf. Setelah dijanjikan dengan nyata bahawa calon BN adalah anak tempatan, kami tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini.
22. Sebab itu hati kecil saya berbisik bahawa cukuplah jika PRK P59 ini dikepalai oleh UMNO Bukit Gantang dan kepemimpinan tertinggi parti yang dikepalai oleh DS Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perak dan Dr Zambry selaku Menteri Besarnya.
23. Jika yang lain ingin membantu, bantuan dan pertolongan itu mesti dialu-alukan, tetapi tidak boleh melewati strategi dan kepemimpinan yang disebutkan di atas tadi.
Harapan dan kebimbangan Abd Bashid Harun











No user commented in " Kami Tidak Mahu Dirosakkan Oleh Strategi dan Taktik Yang Tidak Tepat "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply