Strategi “Benchmarking”
1 Benchmarking atau penandaarasan telah menjadi kaedah yang popular sekarang ini dalarn pengurusan korporat dan pengurusan kualiti sebagai teknik memilih dan menentukan strategi dan taktik bagi perkembangan sesebuah organisasi. Teknik penyelidikan ini dipopularkan oleh Robert Camp (1989) dan telah diamalkan oleh kumpulan Xerox. Tetapi kini kaedah ini diperluaskan kepada mana-mana organisasi, tidak terkecuali organisasi pendidikan.
2 “A benchmark is apoint of reference against which things are measured” (Chang, 1994). Jadi selain sebagai titik rujukan, ia juga sebagai standard rujukan. Dalam hal ini, “Benchmarking is the best practice/achievement in that area”. Jadi benchmarking boleh digunakan sebagai kaedah membina idea atau alternatif bagi strategi organisasi.
3 Benchmarking ini boleh dibahagikan kepada peringkat:
3.1 Dalaman
3.2 Kompetitif
3.3 Tidak Kompetitif
3.4 Taraf Dunia
4 Persoalan, Realiti dan Myths (Alitos) Tentang Benchmarking
Bincangkan apakah mitos tentang benchmarking yang perlu anda atasi semasa memulakan
proses benchmarking dengan rakan kumpulan dan organisasi yang lain.
5 Terdapat Tujuh langkah untuk menjalankan proses Benchmarking.
Langkah 1:
Tentukan apakah perkara yang hendak di benchmark
Jelaskan objektif benchmark
Putuskan siapakah yang terlibat
“Define” proses
Pertimbangkan skop
Set sempadan
Bersetuju ke atas apa yang berlaku dalam proses
Bina carta alir proses itu
Langkah 2:
Tentukan apakah yang hendak diukur
Periksa carta aliran
Wujudkan proses mengukur
Sahkan yang pengukuran sesuai dengan objektif.
Langkah 3:
Kenal pasti siapakah untuk dibenchmark
Lakukan penyelidikan umum
Pilih tahap untuk benchmark
Langkah 4:
Kumpul data
Boleh guna soal selidik
Lakukan lawatan ke tapak / organisasi yang dibenchmark
Langkah 5:
Analisa data dan tentukan jurangnya
Data kuantitatif
Data kualitatif
Langkah 6:
Set matlamat dan bina pelan tindakan
Set matlamat prestasi
Bina plan tindakan
Langkah 7:
Penyeliaan proses
Track the changes
Jadikan benchmarking sebagai satu habit
Untuk menjadikan benchmarking atau penandaarasan di peringkat sekolah sebagai habit, kita boleh sahaja memulakan di sekolah kita sendiri. Kita boleh mulakannya daripada unit yang paling kecil sehinggalah kepada organisasi sekolah itu sendiri.
Banyak yang boleh kita buat. Contohnya memilih Buku Rekod Kedatangan Pelajar yang diisi paling baik dan memenuhi piawai pengisian buku kehadiran yang sepatutnya untuk dibenchmark.
Memilih kelab atau persatuan yang paling baik pengurusan dan pengendaliannya untuk dibenchmark oleh unit-unit, kelab atau persatuan lain. Dan banyak lagi.
Catatan Abd Bashid Harun
Rujukan: Nota Kuliah, IAB, Genting Highlands











No user commented in " Strategi Benchmarking/Penandaarasan "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback