1. Saya sedang memulakan projek peribadi saya iaitu menggubal sebuah modul Pengajaran dan Pembelajaran Berintegriti atau diringkaskan sebagai P & P Berintegriti.
2. Di akhir projek ini saya amat berharap agar sebuah Modul P & P Beintegriti berjaya diterbitkan dan diiktiraf sebagai panduan untuk setiap guru dalam membantu proses p & p mereka.
3. Saya amat berharap dengan terbitnya buku panduan atau modul itu kelak setiap guru dapat mempamerkan ciri-ciri integiriti yang sebenar di dalam kelas iaitu ketika mereka mengoperasikan kurikulum sewaktu berlakunya proses p & p.
4. Saya mengharapkan agar ciri-ciri integiriti yang berteraskan tiga sifat besar iaitu KEIKHLASAN, KETULUSAN DAN KEJUJURAN sebagaimana terkandung dalam definisi INTEGRITI itu ditunjukkan pada setiap tahap P & P iaitu bermula dari tahap persediaan sebelum memulakan P & P, semasa melaksanakan P & P dan sebelum menamatkan P & P.
5. Kita sudah biasa dengan pendekatan P & P Berkesan, namun hasilnya masih belum sampai ke mana. Bagaimana kalau kita gantikannya dengan modul P & P Berintegriti agar bukan sahaja P & P dapat dilaksanakan dengan berkesan, tetapi semua yang terlibat mendapat impak maksimum (barakah) dengan pelaksanaannya.
6. Idea P & P Berintegriti ini dengan tidak semena-mena terungkap daripada mulut saya sendiri sewaktu mengepalai perbincangan dalam Kumpulan 5 sempena Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di sekolah saya pada hari Sabtu yang lalu.
7. Dalam perbincangan itu kami diminta menyenaraikan sifat-sifat integriti dan bagaimana sifat-sifat itu dapat diaplikasikan di peringkat sekolah melalui pelan tindakan yang berkesan.
8. Saya memohon apa jua pandangan daripada para pendidik dan sesiapa sahaja yang mempunyai idea tentang P & P Berintegiriti ini.
9. Idea/pendapat/pandangan/cadangan/kupasan boleh dikemukakan kepada saya dengan menggunakan borang ini.Untuk sebarang pertanyaan bolehlah email saya di gurubashid@yahoo.com atau menggunakan borang contact yang disediakan di laman ini.
10. Semua pendapat dan pandangan akan dibaca, diteliti dan akan digarap dalam modul P & P Berintegriti itu nanti.
11. Saya meminta izin untuk menggunakan, mengubah suai dan menambah baik pandangan tuan/puan itu.
Terima kasih daripada Cikgu Abd Bashid Harun











1 user commented in " P & P Berintegriti "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackCikgu,
Dalam kaedah professional, saya bukan seorang pendidik. Jauh sekali, dari digelar tenaga pengajar.
Namun, saya tertarik juga dengan usaha cikgu untuk menggubal sebuah modul Pengajaran dan Pembelajaran Berintegriti atau diringkaskan sebagai P & P Berintegriti ini.
Harapan cikgu, agar sebuah Modul P & P Beintegriti berjaya diterbitkan dan diiktiraf sebagai panduan untuk setiap guru dalam membantu proses p & p mereka; bagi saya ada lah murni lagi berintegriti.
Apa lagi bilamana mengambil kira perkataan ‘ Integriti’ selaku penentu utama kejayaan modul ini, nanti.
pada pandangan saya demi untuk merealisasikan usaha yang begini besar, beberapa perkara yang saya syorkan untuk di pertimbangkan. Antara nya;
i) skop modul
ii) golongan sasaran ( kerana di Malaysia ini terdapat berbagai-bagi jenis golongan atau discipline pendidikan; pengajian tinggi/rendah, kerajaan, separuh kerajaan, swasta dsn)
iii) Liability modul ( syarat dan had )
iv) Realiti modul dalam kontek P & P
v) Benefits modul kepada golongan sasaran
vii) masa digunakan untuk menjayakan modul ini
viii) Tahap kualiti bahan-bahan yang digunapakai untuk penyempurnaan modul dan lain lain lagi.
Apa apa pun, dengan jujur saya doakan agar cikgu berjaya dalam merealisasikan usaha murni ini.
Dengan harapan, agar suatu ketika, negara kita akan di banjiri oleh pendidik-pendidik yang berkualiti
Salam
Leave A Reply