1. Salah satu taktik perang yang akan digunakan oleh pembangkang sama ada lisan mahupun tulisan ialah menembak dengan peluru angka.

2. Mereka mengharapkan kita membalas serangan dengan angka juga. Contohnya mereka akan mendakwa yang mereka telah pun menang sebanyak 60%.

3. Biarlah angka 60% atau berapa sahaja yang mereka mahu berlegar di sekitar mereka sahaja. Selagi angka itu berkisar pada mainan mulut mereka dan tidak dipanjangkan oleh kita ahli-ahli UMNO sendiri, tidak ada apa-apa yang harus dibimbangkan.

4. Jika kita tidak melayannya, angka itu sendiri akan menurun menjadi 40%.

5. Mereka menjual angka itu supaya ada ahli UMNO yang percaya lalu membelinya. Kemudian mereka mengharapkan kita sendiri yang menjajanya semula bukan mereka.

6. Ingat mereka hanya mahu mengumpan angka itu untuk kita. Sekali mereka sudah berjaya mendapat “agen percuma” daripada kalangan kita sendiri tugas pertama mereka dikira berjaya.

7. Mereka akan beredar daripada kita. Selepas itu mereka akan datang semula kepada kita tetapi berbekalkan taktik yang lain pula. Itulah salah satu bentuk gerak perang saraf PAS dan PKR di kawasan Bukit Gantang ini.

Hakcipta GuruBashid