hadiah hari lahir
(pemenang kedua, anugerah astar)
barangkali kau menyangka
aku akan gembira
menerima hadiah darimu
sepasang rama-rama
di dalam kotak kaca
di hari lahirku
sebenarnya
aku lebih gembira
jika melihat rama-rama itu
bersukaria
di hari lahirku
a.basit harun
asrama pertama(astar),um
1983

















6 users commented in " Puisi Pertama Saya "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackbesh puisi ni.;)
puisi yg besh.tingat lak zmn skola dlu sy suke-suke tulis puisi.ehehe
Maksud yg cukup tersirat nih…
Persoalannya, kenapa rerama itu dibiarkan shj di dalam kotak kaca itu, xlemas ke rerama tu???
Kene gali lagi nih…
CikguBH, rerama tu diletak dalam kotak kaca kerana telah diawet oleh pengirim untuk dijadikan hadiah pada penerima(penyajak)
hehehe…
hehe, skit punyer mudah nak faham isi tersirat puisi ni.. tak baik menganiaya binatang. itu jer yang nak disampaikan.. betul tak?
Assalamualaikum cikgu,
Saya baru terbaca tajuk-tajuk di bawah Pages Link. Menurut cikgu setelah sajak pertama Hadiah Hari Lahir dan Peristiwa Di Satu Pagi,cikgu tidak lagi mengilhamkan apa-apa sajak sehinggalah tahun 2002 dia IAB Genting Highland dengan Ayat Yang Hilang. Seingat saya,semasa ting.2 cikgu pernah mendeklamasikan sajak di depan kami semua ketika kelas saya mengadakan jamuan akhir tahun pada 1987.Saya tidak ingat bait-bait perkataannya tapi judulnya kalau tak salah…Mencari Perempuan Di Tengah2 Kota Perempuan.
Salam hormat,
wassalam
Leave A Reply