MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
(Asal sajak ini dimuatkan dalam ruangan komen, tetapi kerana isi tersiratnya menarik lalu saya angkat sebagai posting.Terima kasih Ti Lian Ker. Pembaca blog ini dijemput ke blog beliau di http://tilianker.blogspot.com)
Oleh Ti Lian Ker
Merdeka, Merdeka, Merdeka
Kita ujud satu bangsa,
kita iktiraf satu bahasa
Tapi mengapa aku tetap Cina,
Mengapa aku kerap di belasah,
Mengapa jiwaku harus gelisah
Mengapa aku seakan didera,
Mengapa aku rasa dipisah
Bukankah ini aku punya……
NEGARA?
Merdeka, Merdeka, Merdeka
Nanti bila aku dewasa,
Aku mau rasa megah dan bangga,
Aku mahu jadi pemimpin negara,
Aku mahu hidupkan bangsa…….
MALAYSIA!
Lambang merdeka dua ekor harimau,
Kita mahu negara MENGAUM,
Tapi ramai lagi tak mahu tau…….
Kita tetap terjerat dengan KAUM
Lima puluh tahun,
di ambang merdeka,
Tapi aku tetap Cina!
Sama-samalah kita isikan hasrat merdeka,
Marilah kita mendaulatkan bangsa,
Atas rasa cinta kita pada negara,
Kita megahkan bangsa,
harumkan nama
…….MALAYSIA!
Di sini aku dilahiri……
Di sini kumati nanti,
Bumi yang kupijak,
Tidak akan kuberganjak!
Akomodasi Assimilasi Revolusi
Ataupun Evolusi,
Aku langsung tidak peduli,
Janji kita hidup dalam harmoni,
Demi mu Malaysia!
Akan kumati berdiri……
Jangan lagi kita dipisahkan bahasa,
Jangan lagi kita dipisahkan budaya,
Jangan lagi kita dipisahkan agama,
Bebaskanlah diri dari jerat minda,
Kita sama-sama saudara sebangsa?
Kita sama-sama tegakkan ……
RUKUN NEGARA
MALAYSIA!
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
(Selamat Hari Merdeka Bruther…Kita tetap akan hidup bersama-sama…selama-lamanya…Marilah kita kukuhkan budaya kerjasam…dan menghala ke arah agenda membina….demi nama,bangsa,agama dan negara… ;))

















1 user commented in " Merdeka, Merdeka, Merdeka "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksatu laungan isi hati dan naluri seorang warga bukan Melayu yang ikhlas dan berani. Kita perlulah menghayati isi-hati dan perasaan mereka disamping menuntut orang lain memahami perasaan kita.
Leave A Reply