BAGI mempelbagaikan kegiatannya serta mengambil manfaat daripada perkembangan dunia internet tanpa sempadan hari ini, GuruBashid sekali lagi dengan kerjasama ModelNiaga sedang membangunkan laman baru yang berkonsepkan perniagaan seratus peratus. Laman niaga berbahasa Inggeris itu akan tampil dan menemui khalayak insya-Allah pada pertengahan bulan November dengan aktiviti pertamanya dijangka mula beroperasi pada awal bulan Disember tahun ini. Sekalipun laman yang dinamakan GuruNiaga Dot Com itu masih diperingkat pembinaan, namun ia tidak cuba disembunyikan daripada para pengunjung sebagai tujuan promosi.Para pengunjung boleh sahaja melayari laman itu melalui url http://guruniaga.com. Laman komersial itu dibangunkan dengan mengambil kira potensi niaga semasa dengan menjadikan
Dalam sasaran operasinya, GuruNiaga Dot Com akan memberi tumpuan kepada lapan segmen perniagaan utama, iaitu Program Homestay berkonsepkan Ecotourism yang dikenali sebagai EduHomestay Program, Seminar Motivasi Jaya Diri untuk pelajar, Klinik Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia, Bengkel Pidato, Penjualan Barangan Tentera dan Polis yang disesuaikan dengan kepeluan orang awam, Jualan Koleksi Pilihan Syiling Lama dan Barangan Antik, Jualan Buku dan Ebuku dan ProgramAffiliateTerpilih. Sekarang ini GuruNiaga sedang sibuk menguruskan pendaftaran 40 keluarga angkat (Host Family) di kawasan sekitar Taiping, Kuala Sepetang dan Matang di utara negeri Perak bagi tujuan program EduHomestay peringkat pertama yang dijangka berlangsung pada awal Disember ini. Pemilihan Taiping dan sekitarnya sebagai lokasi Homestay yang tetap oleh GuruBashid berasaskan fakta bahawa daerah ini kaya dengan sejarahnya selain pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Perak yang pertama dan tempat terjumpanya longgokan bijih timah yang terbesar di dunia. Selain itu, Matang dan Kuala Sepetang yang terletak 5 km dari bandar Taiping memang terkenal dengan hutan paya bakaunya yang diisyhtiharkan sebagai pengurusan hutan terbaik di dunia.Para peserta nanti akan turut dibawa ke dapur arang bakau dan menikmati pemandangan hutan paya bakaunya yang begitu memukau.
Dalam usahanya untuk memperbanyakkan buku bagi bacaan umum, GuruBashid sedang menyiapkan fasa terakhir untuk menghasilkan ebook pertamanya yang bertajuk Tun Dr Mahathir Mohamad: Memimpin, Membimbing dan Mendorong. Kelahiran ebook yang berkaitan dengan tokoh dan negarawan ulung itu nanti dipercayai akan memecahkan tradisi ebook di negara ini yang lebih tertumpu kepada menjana keuntungan daripada perniagaan secara online. Ebook tersebut adalah hasil tulisan Abd Bashid Harun yang pernah tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan, blog-blog tertentu dan yang masih tersimpan dalam koleksi beliau.
Di kesempatan ini juga pihak modelniaga.com sedang melancarkan pakej produk PLR dan MRR yang fresh dan amat diperlukan pada musim ini secara besar-besaran dilaman web jualannya www.megasales.modelniaga.com dan ia adalah terhad kpd 70 orang sahaja demi untuk menjaga kualiti produk ini. Tempah sekarang kerana peluang sebegini cuma datang sekali sahaja….

















1 user commented in " Tunggulah Pelancaran GuruNiaga Dot Com "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback[…] Australian National Institute of Business & Technology, growth world Registered Diplomas Advanced CBD National legislation ACCOMMODATION Act edge university attention Equal Opportunity staff training endeavour education range Management ABOUT Technology cmiss reporter ? Blog Archive ? recounting my daysRoad bike and rollator mashed-up. ? good design age welldays debrief | www.solbeam.com The Internet’s Biggest Google WhoresAgeless Lifestyles ? About Dr. Michael Brickey ? Tunggulah Pelancaran GuruNiaga Dot Com Panduan Guru-Guru Malaysia: Menyajikan Pelbagai Pandangan … […]
Leave A Reply