image5251.gif

Tarikh: 7 Julai 2007

Assalamu ‘alaikum wr wbt/Salam Sejahtera,

Pengetua/Guru Besar
Penolong-Penolong Kanan
Guru-Guru Kanan
Ketua-Ketua Panitia
Guru-guru

FAIL MEJA KETUA PANITIA

Sukacita dimaklumkan Guru Bashid Dot Com yang diterajui oleh Abd Bashid Harun telah berjaya menghasilkan e-book Fail Meja Ketua Panitia (FMKP) dengan bantuan Suhaildpm.com/blog yang bertanggungjawab mereka bentuk kulit buku. Saya percaya bahawa ini merupakan e-book yang pertama seumpama ini di Malaysia.
2. Saya turut mengakui bahawa FMKP ini bukanlah sesuatu yang asli daripada saya, tetapi memandangkan kegunaannya begitu penting dan mendesak, saya mengambil inisiatif untuk menaip, menyusun dan mengolahnya semula dalam bentuk e-book agar ia lebih mudah di akses dan dicetak bila-bila perlu. Walaupun ini bukanlah Fail Meja yang paling lengkap, tetapi cukup untuk dijadikan panduan melaksanakan kerja-kerja di sekolah yang meliputi bidang pengurusan kurikulum, khususnya panitia subjek masing-masing.
3.Fail Meja Ketua Panitia ini dijual dengan harga RM50.00 senaskhah. Sesiapa yang ingin membelinya bolehlah email dahulu ke alamat suhail_inc@yahoo.com. Pihak kami akan membalasnya melalui email. Sebaik-baik sahaja bayaran diterima kami akan memuat turunkannya ke PC anda. Tetapi sebelum itu pastikan PC anda dilengkapi dengan adobe reader acrobat yang boleh dimuat turun secara percuma di http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep.html
4.Urusan pemesanan/pembelian buku ini akan diuruskan sepenuhnya oleh ModelNiaga.Com.Semoga FMKP dalam bentuk e-book ini akan banyak membantu anda menguruskan panitia anda. Saya mengusahakannya, tetapi kita semualah yang memanfaatkannya. Sila klik Fail Meja Ketua Panitia

Terima kasih.

Abd. Bashid Harun