Nampaknya produk GuruBashid semakin bertambah. Rakan saya,Tuan Haji Mohamad Isa bin Haji K.Hamzah yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Mat telah datang bertemu saya semalam memberitahu yang buah avocado di Kebun Guru, kebun hasil usahasama dengan GuruBashid yang terletak di Kampung Berala,Kati, Kuala Kangsar, Perak telah mula masak dan berjatuhan. Di Kebun Guru terdapat kira-kira 20 batang pokok Avocado yang ditanam menggunakan benih yang didatangkan khas dari Sabah. Tiga pokok daripadanya mengeluarkan buah yang lebat. Buah yang popular di Indonesia itu sangat sukar didapati di pasar-pasar biasa dan kalau adapun dijual di pasar raya dengan harga agak tinggi. Kami memerlukan segera pembeli secara pukal untuk buah-buah avacado ini. Sila telefon kami segera di talian 05-8472769 atau email kami di gurubashid@yahoo.com. Selain untuk dijadikan bahan dalam perusahaan kosmetik, avacado yang kaya dengan vitamin E dan mengandungi Omega 3 ini turut dijadikan minuman berkhasiat bercampur susu atau dibuat ABC. Cepat hubungi kami. Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkannya, kerana kini buah avocado segar berada tidak jauh dari anda. Hubungi kami segera untuk menikmati buah avocado sulung lagi segar dari kebun kami, Kebun Guru.

















No user commented in " Avocado Mula Masak Pembeli Dikehendaki "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply