1. Sokongan kita kepada seseorang tidak sewajarnya melampaui sokongan kepada parti dan negara. Begitu juga kebencian kita kepada seseorang jangan sampai membutakan mata hati kita daripada melihat kebenaran yang ada pada seseorang yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara.
2. Semua yang kita lakukan harus dalam keadaan penuh sedar serta dilakukan secara sederhana, berpada dan bijaksana agar tidak terjebak dalam dua kumpulan yang keterlaluan sama ada dari dari jenis yang ekstrim ke kanan atau ekstrim ke kiri.
3. Sama ada mereka daripada golongan yang ekstrim ke kanan atau ekstrim ke kiri sebenarnya kedua-duanya tidak diperlukan dalam parti, apatah lagi ketika parti berada dalam kemelut.
4. Jika golongan yang ekstrim ke kanan akan menjulang parti setingginya-tingginya sehingga terputus daripada asal usul dan asasnya, golongan yang ekstrim ke kiri pula akan menolak parti ke tengah lautan bergelora sehingga sulit untuk diapung kembali.
5. Apa yang diperlukan oleh parti dalam saat-saat kritikal seperti sekarang ini adalah sama dengan bantuan kepada seseorang yang dilanda konflik. Dalam suasana begini parti memerlukan lebih banyak bimbingan, teguran dan pengukuhan, bukan pujian dan khabar gembira.
6. Saya percaya pemimpin-pemimpin parti di segenap peringkat lebih memerlukan idea dan teguran yang konstruktif daripada ahli UMNO sendiri. Apalah yang diharapkan daripada orang lain yang sudah terang-terang memusuhi kita.
7. Selain tidak memerlukan kritikan daripada musuh-musuh tradisi kita, elakkan juga mendapat bantuan daripada si tukang ampu, jauh sekali si tukang rosak yang memang berniat jahat untuk menjahanamkan UMNO
8. Begitu juga halnya dengan blogger. Sebagai pencanai blog anda juga punya tanggung jawab sosial dan agama. Anda patut tahu apa yang anda sedang lakukan sekarang ini. Adakah kehadiran anda sebagai blogger lebih banyak manfaatnya untuk parti atau lebih banyak mendatangkan keburukan.
9. Sebagai blogger anda patut bersyukur sebab melalui blog milik anda sendiri anda bukan sahaja boleh menulis apa jua idea dan saranan, malahan dengan cepat idea anda akan tersebar dan dibaca oleh ramai orang . Dan jika blog anda ditulis dalam bahasa Inggeris, tulisan anda mungkin dibaca lebih ramai pembaca di seluruh dunia.
10. Maknanya tanggung jawab anda sebagai blogger menjadi lebih berat.Anda perlu menulis sesuatu yang benar dan penuh tanggung jawab sebab anda membawa imej negara dan rakyat Malaysia.
11. Mungkin sebelum ini anda tidak berpeluang menulis dalam surat khabar atau majalah disebabkan beberapa kendala seperti penguasaan kosa kata yang terhad, gaya bahasa anda yang lemah atau tidak memilik asas-asas dalam ilmu penulisan dan kewartawanan.
12. Tetapi blog yang anda miliki telah menukarkan impian anda menjadi kenyataan. Tiba-tiba sahaja anda yang tidak pernah menulis atau pernah menulis sekali dua sebelum ini menjadi terkenal. Bukan kerana penulisan anda cukup bagus, tetapi disebabkan anda menulis dalam blog yang memang tidak pernah menyekat apa jua bentuk tulisan.
13. Sesetengah blogger mungkin tidak pernah terbayang sebelum ini yang tulisan mereka mampu mencapai ke tahap itu. Jika diukur daripada kemampuan menulis, tulisan seumpama itu tidak mungkin mendapat tempat dalam akhbar mahu pun majalah.
14. Tetapi mujurlah ada blog. Disebabkan adanya kemudahan berblog melalui internet telah membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja untuk berkarya.
15. Maka dalam situasi yang begitulah tidak mustahil ada yang tiba-tiba sahaja bertukar menjadi ego dan besar kepala lalu tidak boleh ditegur sama sekali. Dengan tulisannya itu, dia ingin dipuja tetapi bagaimana kita hendak memujanya kerana apa yang ditulisnya tidak lain selain fitnah, adu domba dan penuh kebencian serta dendam.
16. Dia boleh menyokong seseorang, tetapi dia tidak boleh memalukan seorang yang lain. Dia juga boleh mengkritik seseorang, tetapi janganlah sampai menyerangnya secara peribadi, apatah lagi mengada-ngadakan cerita yang tidak tahu hujung pangkalnya.
17. Ada blogger yang saya perhatikan kerap memuji-muji dirinya sendiri. Saya rasa itu masih boleh diterima. Tetapi blogger yang memuji-muji diri sendiri itu turut memaki hamun individu yang tidak disukainya.
18. Tidak cukup setakat itu, dimuatkan pula gambar yang telah diubah suai sebegitu rupa sebagai menunjukkan yang dia amat membenci individu terbabit.
19. Sebahagiannya pula teruja dengan idea sendiri sehingga terlupa adakah yang tulisan itu sekadar sebuah cerita dongeng, rekaan, dan sekadar mengambil bahan yang dipungut dari tepi-tepi jalan, warung-warung, lobi-lobi hotel atau didengar di pasar raya atau pasar pagi.
20. Bahan-bahan yang entah dari mana sumbernya itu diangkat sebagai fakta dan kebenaran lalu dipaksa kepada pembaca untuk menerimanya.
21. Anda yang memiliki blog, anda yang memiliki idea, anda yang menulis dan anda sendiri yang menyaringnya. Inilah yang berlaku dalam dunia blog. Jadi, pertanyaan saya, bolehkah dalam situasi seperti ini penulisan dalam blog boleh terus dipercayai kebenarannya tanpa dibuat sebarang penilaian.
22. Tidak mungkinkah dalam situasi seperti di atas ada blogger yang menipu dan mengambil kesempatan dalam tulisannya?Inilah yang patut difikirkan oleh setiap pembaca blog.
23. Walaupun negara kita belum maju, pembaca blog perlu bersikap seperti penduduk di negara maju iaitu dengan banyak membuat soalan terhadap bahan yang dibaca bagi memastikan kesahihan sesebuah tulisan atau berita.
24. Masalahnya sekarang kita ingin dilihat bersikap maju dengan berblog, tetapi fikiran kita tetap di takuk lama dengan bersikap menerima bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog.
25. Ada juga yang memihak. Nasihat saya seboleh-bolehnya jangahlah memihak kepada mana-mana individu sehingga melupakan tanggung jawab sosial yang menjadi amanah yang terpikul di pundak kita. Memihak wajar dibezakan dengan menyatakan kelebihan yang ada pada seseorang.
26. Memihak kepada individu tertentu bererti kita mengisyhtihar musuh kepada individu yang seorang lagi, sedangkan menceritakan kelebihan yang ada pada seseorang lebih merupakan pulangan yang bermakna kepada parti, agama, bangsa dan negara.
27. Menonjolkan bakat dan kelebihan yang ada pada seseorang memang digalakkan dalam islam, tetapi cara itu tidaklah sampai kita menjadi pemuja individu tertentu sehingga menyulitkan kita untuk menegurnya apabila dia melakukan kesilapan.
28. Penilaian yang dibuat sepatutnya didasarkan atas kepentingan parti dan negara, bukannya untuk kepentingan individu-individu tertentu.Individu dan sesiapa sahaja boleh datang dan pergi, tetapi parti yang muncul dengan sejarahnya yang tersendiri wajar dipertahankan.
29. Adalah merugikan parti jika kita sendiri sebagai pemimpinnya membelah-belah parti kepada saiz yang lebih kecil. Sesungguhnya parti UMNO yang dilanda kemelut memerlukan orang yang berterus terang, tetapi berhemah dalam memberi teguran.
30. Berkata tidak atau NO! kepada perkara-perkara yang salah dalam parti amat diperlukan sekarang ini daripada diam membisu atau menjadi si tukang angguk . Apatah lagi menjadi si tukang ampu sana dan ampu sini.
31. Sesungguhnya parti UMNO dan BN memerlukan ahli-ahlinya yang berupaya memperkukuhkannya dengan pelbagai cara yang objektif dan berkesan bukannya yang menyediakan jalan dan lubang untuk memusnahkannya
Hakcipta Abd Bashid Harun











2 users commented in " Yang Penting Bukan Individu, Tetapi Organisasi "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackTepat Saudara,
Bagi saya, telus lagi ikhlas. Walau pun ada yang kurang senang menerima nya, namun atas nama kebenaran, ia nya berkesan dan menyayat hati , sabenar nya.
Mudah-mudah suara hati saudara ini, akan di hayati dan di fikir bersama.
Assalamualaikum
Salam Jemputan
Seruan untuk sertai Team Blogger Negara Malaysia ( TBNM )!
Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.
Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.
Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.
Nama team ini mungkin boleh diletak Blogger Malaysia atau apa shj yg sesuai nanti
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.
Objektif utama :
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan negara Malaysia ini..
Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.
Email : panglimaperangcyber@yahoo.com
Dijadualkan malam ni Jumaat,malam Sabtu Bertarikh 21 Nov 2008 bersamaan 23 Zulkaedah 1429 tepat jam 9 malam satu pertemuan maya kali kedua akan dibuat.
Moga ramai blogger akan datang dan juga peminat blogger turut hadir sama..
Demi untuk Agama Bangsa dan Negara!
Yang Berblog :
Panglima Perang Cyber
Http://penembak-tepat.blogspot.com
Leave A Reply