1 Betapa sulitnya kita mahu membetulkan keadaan selepas PRU ke-12 yang lalu. Banyak masa diambil untuk itu. Tetapi setelah kita baru hendak menarik nafas lega dan hasil baik pulih yang dibuat baru sedikit dapat dirasa, kita mula bermain dengan isu yang baru pula.
2 Nampaknya kita tak pernah serik dan belajar apa-apa daripada apa yang pernah menimpa kita. Apa sudah jadi dengan kita sebenarnya. Orang lain memulakannya, tetapi kita yang berlebih-lebihan tentangnya. Siapakah yang membawa masalah kepada UMNO, kalau bukan di kalangan kita sendiri?
3 Saya ingin tahu siapakah yang anda ingin pancing dengan cara-cara seperti ini? Tiba-tiba kita terpaksa bersugul dengan perkara baru ini. Sungguh aneh orang seperti ini wujud dalam parti kita. Seluruh ahli UMNO dan parti seolah-olah terpaksa menerima takdir mereka.
4 Orang seperti ini tidak pernah membiarkan kita beristirehat lama sedikit. Ada sahaja isunya. Bukan orang lain yang membangkitkannya tetapi kita sendiri.
5 Saya ingin beritahu anda kebanyakan masalah dalaman UMNO bukan ahli biasa seperti petani atau nelayan yang menjadi puncanya. Tetapi orang yang punya kedudukan dan pangkat yang setiap percakapan dipasang telinga dan ada implikasi dan pengaruhnya kepada parti dan rakyat.
6 Saya tidak mahu mengajar anda tentang politik. Saya kira anda lebih mahir tentang ini daripada saya. Tetapi saya terpaksa beritahu anda bahawa dalam politik semuanya berbeza. Bukan semua yang kita tahu perlu kita jelaskan. Sebahagiannya terpaksa disimpan sahaja demi kebaikan parti.
7 Kita yang beruntung atau mereka.Orang mungkin kata anda berani dan anda tahu banyak perkara. Tetapi kesannya kepada parti itu jauh lebih penting.Kesannya bukan sekadar sehari dua, tetapi memanjang. Yang memanjangkannya mereka tetapi puncanya kita.
8 Dalam politik tidak cukup sekadar berbuat baik, tetapi anda kena ada kebijaksanaan. Jika mendiamkan diri itu dilihat lebih bijaksana, anda kena diam sahaja walaupun orang akan mengatakan anda bodoh.
9 Kebijaksanaan bukan bererti anda menunjuk pandai dalam semua perkara, tetapi bila, di mana, kepada siapa dan cara anda menzahirkannya.
10 Anda patut tahu yang mana patut diluahkan dan yang mana patut disimpan sahaja. Ada kalanya anda boleh menyebutnya sahaja tanpa mengulas panjang tentangnya.
11 Ada sesuatu yang anda rasa baik pada diri anda tetapi sebenarnya tidak baik untuk parti. Ini Malaysia dengan segala realitinya, bukan sebuah dunia impian.
12 Anda patut tahu bahawa di sini ada orang yang sanggup bersabar dan punya banyak masa untuk menunggu anda melakukan kesilapan. Tetapi di sinilah juga apabila anda sudah melakukan anda dipukul semhu-mahunya sehingga anda sukar untuk bangkit kembali.
13 Di sini kita jarang-jarang mendengar musuh politik menawarkan kebaikan untuk dikongsi, tetapi yang lebih ramai ialah mereka yang ingin menolak kita bukan sekadar ke gigi tasik tetapi jika boleh menyumbat kita ke perutnya.
14 Polemik dan debat tidak pernah menguntungkan kita. Sebelum Tan Sri Muhyiddin mengingatkan kita tentang ini, sudah ramai pemimpin yang mengingatkan kita tentang hal yang sama.
15 Saya ingin beritahu anda sejak UMNO diasaskan ia tidak pernah membesar dengan cara ini. Tetapi pihak yang satu lagi mungkinya.
16 Jadi kalau kita berpolemik atau berdebat, orang lain yang mempunyai kegemaran seperti itu yang akan mendapat untungnya bukan UMNO. UMNO dan BN melakukan sesuatu atau ringkasnya buat kerja.Habis satu kerja kita buat kerja baru. Tak habis-habis dengan kerja.
17 Dalam kawasan yang kita menang pun kita bekerja, dalam kawasan kita kalah pun kita bekerja. Kalau orang nak minta pembangunan, mereka mintak daripada UMNO bukan daripada pembangkang. Itu trade mark UMNO, bukan berpolemik dan berdebat. Ahli UMNO patut tahu itu. Apatah lagi pemimpinnya.
Hakcipta Abd Bashid Harun
















3 users commented in " UMNO TIDAK DIBESARKAN DENGAN DEBAT DAN POLEMIK TETAPI KERJA "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackJasa UMNO dalam membangunkan negara amatlah banyak dan kita menghargainya…sejarah sentiasa memberitahu kepada kita, jatuhnya sesebuah tamadun dan kekuatan kerana melihat harta dan kuasa yang melimpah ruah di depan mata..timbullah rasa tamak dan khianat terhadap agama dan bangsa…ingatlah apabila kita membuat khianat kepada mereka yang tidak berdosa (rakyat), maka tibalah masanya..UMNO terpaksa bermuhasabah …mengapakah terlalu banyak musibah berlaku kepada parti ini…kata nabi, sebaik-baik harta ialah harta ditangan orang yang soleh…
Salam saudara, sepatutnya saudara bermuhasabah memperjuangkan yang hak dalam Islam dengan mengalih pada ideologi politik sempit saudara anuti. Sekiranya kita sudah tahu akar kebobrokan tersebut ternyata perjuangan UMNO tidak betul. Saudara baca apa yang Tengku Razali Hamzah kesalkan kerana Petronas yang lari daripada tujuan asal penubuhannya. 22 tahun Che Det memerintah hampir atau lebih 100 bilion wang kita tidak ditumpahkan ke rakyat. Saudara sepanjang pengenalan menuntut ilmu, saudara hanya pandai beretorik tetapi kecundang dari segi aplikasinya. Tepuk dada tanya iman. Moga pintu hati saudara terbuka memperjuangkan Islam.
GuruBashid:
Salam kembali buat kawan lama. Untuk makluman kawan lama, saya akan terus berjuang melalui mata pena, blog dan ceramah serta idea-idea yang saya curahkan. Cuma saya tidaklah begitu hebat dalam melagu-lagukan al-Quran dan meneriak tentang Islam seperti orang lain. Saya menerima UMNO sebagai wadah perjuangan islam saya dengan restu bonda saya Sa’ayah dan ayahanda saya Harun yang sangat kuat pegangan agama mereka. Tetapi dalam hal-hal yang menyangkut masalah duniawi dan segala kemaslahatannya mereka sangat terbuka memahami dan mengolahnya dunia. Saya yakin bahawa wadah yang saya pilih itu adalah tepat. Saya berjuang bukan kerana disuruh-suruh oleh manusia. Parti yang menjadi wadah perjuangan saya tidak pernah menghalang saya daripada terus berwacana. Saya memandang manusia dengan penuh husnud dzan, dan tidak akan menolak persaudaraan serta mengherdik sahabat-sahabat saya hanya semata-mata dia tidak selari dengan wadah perjuangan saya.Sesungguhnya saya sedang memperjuangkan Islam, umat islam dan kepentingannya tetapi melalui wadah UMNO.
perjuangan UMNO sekarang dah jauh berbeza dengan UMNO dulu……
Leave A Reply