” Tulisan ini tidak sedikit pun mengurangkan kepercayaan bahawa Anwar memang berbohong dalam peristiwa 16 September itu. Malahan jika ditakdirkan penulis mati dan dihidupkan semula Anwar tetap ditolak dan UMNO (BN) tetap menjadi pilihan. Tulisan ini juga bukan menolak kehadiran bekas wakil rakyat PKR yang menjadi wakil rakyat bebas. Keluarnya mereka dari parti PKR dengan penuh penyesalan tetap diraikan. Tulisan kecil ini sekadar mengingatkan kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO agar lebih berhati-hati dengan apa jua percakapan dan tindakan wakil rakyat bebas di Parlimen agar kerajaan dan UMNO tidak menerima kesan buruk daripada tindakan dan percakapan yang kurang bijaksana. Mungkin ada yang menyoal siapa GuruBashid untuk mengingatkan kerajaan. Ya, GuruBashid memang guru kecil, tetapi kadang-kadang dia nampak apa yang orang lain tidak nampak. ” GuruBashid
1 DALAM posting sebelum ini ( KLIK DI SINI )penulis melahirkan rasa tidak senang hati dengan ungkapan Blok Bebas yang cuba dikaitkan dengan wakil-wakil rakyat bebas di Parlimen. Belum lagi persoalan ini reda mereka cuba pula mengaitkan diri mereka dengan keperluan kepada kaukus dan ada juga antara mereka yang membantah.Semalam mereka mahu membesar dengan satu lagi istilah lama yang digembar-gemburkan, iaitu kejutan.
2 Sebagai ahli politik mewakili sesebuah parti, anda tentu gembira dengan apa yang berlaku. Ada musuh anda yang terpukul dan dimalukan di dewan yang mulia.
3 Tetapi sebagai pendidik atau lebih tepat lagi cikgu, saya tidak begitu gembira dengan apa yang anda anggap sebagai kejutan itu. Malahan jauh di sudut hati saya amat bimbang jika ini menjadi trend di Parlimen yang mulia.
4 Apa yang berlaku di Parlimen semalam bertentangan dengan input pendidikan yang disampaikan dalam kurikulum baik dalam subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Islam.
5 Saya pernah memberitahu pelajar-pelajar saya bahawa Parlimen adalah tempat yang mulia. Di situ ada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat yang membawa masalah rakyat yang mereka wakili untuk dicarikan jalan penyelesaian.
6 Di Parlimen dibahaskan suatu rang undang-undang. Di Parlimen wakil rakyat membahaskan usul. Tegasnya di Parlimen wakil rakyat yang terpilih berbincang tentang sesuatu demi kepentingan rakyat dan negara.
7 Tetapi apa yang berlaku semalam tidak begitu. Yang berlaku semalam ialah seorang wakil rakyat bebas yang bernama Zahrain mendedahkan pembohongan seorang individu yang bernama Anwar mengenai Peristiwa 16 September tahun lalu.
8 Kejutan mungkin bagi Zahrain dan bagi ahli-ahli bebas yang lain yang telah lama berselubung dalam selimut Anwar, tiba-tiba apabila keluar dari selimut itu baru nampak dan tersedar tentang pembohongan itu. Lalu menganggapnya suatu kejutan.
9 Sedangkan rakyat yang lain, khususnya yang berada dalam parti UMNO, BN serta mereka yang menyokong kerajaan sudah lama tahu dan sedar tentang pembohongan itu.
10 Tiada apa-apa kejutan sebenarnya yang berlaku sebab apa yang dikemukakan oleh Zahrain itu sudah diketahui dan telah lama diangkat dalam media alternatif. Jika ada kejutan pun hanyalah ke atas diri Zahrain sendiri yang rupa-rupanya baru kini tersedar tentang pembohongan Anwar itu.
11 Apa yang berlaku semalam adalah sekadar ulangan kepada apa yang telah diketahui tetapi tempat di mana ia dipersembahkan sahaja yang berbeza.Dahulu ditulis dalam blog dan media alternatif lain, sekarang disebut semula dalam Parlimen yang mulia.
12 Jika taktik ini selalu digunakan ia tidak baik untuk parti. Maksud saya untuk parti yang memerintah. Malahan jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati tindakan itu akan menjejaskan keyakinan kerajaan dan parti yang memerintah.
13 Sungguhpun yang mengemukakannya ialah wakil rakyat bebas, namun orang selalu melihat kesannya kepada kerajaan dan UMNO. Sebab itu UMNO jangan terlalu bergembira dengan ucapan sedemikan, sebaliknya kena lebih berwaspada pada masa akan datang.
14 Bersikap cemburulah sedikit dengan ucapan dan tindak tanduk ahli parlimen bebas supaya yang diharap muncul daripada mulut mereka benar-benar memperkukuhkan parti dan kerajaan bukan sebaliknya.
15 Mereka hanyalah wakil rakyat bebas, tetapi dalam percakapan mereka seperti juga percakapan wakil-wakil rakyat yang lain, khususnya di Parlimen, mereka tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya.
16 Mereka boleh bebas di luar, tetapi tidak patut bebas di Parlimen sebab hanya perkara yang berkepentingan rakyat dan negara sahaja yang patut diutarakan di Parlimen. Alasannya mudah, orang selalu mengaitkan tindakan wakil rakyat bebas mutakhir ini sebagai cerminan parti yang memerintah sedangkan hakikatnya tidak begitu.
17 Saya ingin mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya jangan terlalu ghairah dengan mereka yang keluar dari parti pembangkang dan mengisyhtiharkan mereka sebagai wakil bebas dengan membenarkan dan membiarkan sahaja perilaku dan percakapan sebegitu.
18 Walaupun kita menerima penyelasan mereka selama berada dalam parti pembangkang, mereka wajar diberi masa yang agak lama dan melalui tempoh ujian yang mencukupi sebelum dapat memadam apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
19 Kita tidak mahu yang mencatur kerajaan ialah mereka daripada wakil bebas ini, tetapi kerajaanlah yang sewajarnya mengatur tentang apa yang mereka mahu atau tidak.Alasannya ialah kerajaan yang akhirnya akan menerima kesan daripada tindakan wakil rakyat bebas itu bukan wakil bebas itu sendiri.
20 Sedikit sebanyak atau hampir semua tindakan dan percakapan mereka dalam konteks sekarang akan memberikan kesan kepada parti yang memerintah. Kalau dahulu bebas ditanggap bebas sepenuhnya, tetapi tendensi hari ini orang ramai selalu mahu mengaitkan kecenderungan ahli bebas untuk menyokong kerajaan.
21 Itu memang menggembirakan parti yang memerintah dan saya sendiri, tetapi itu jugalah alasan yang paling kuat untuk menjadikan parti yang memerintah perlu bersikap lebih berhati-hati ke atas wakil rakyat bebas.
22 Masyarakat sebenarnya sudah hampir faham sepenuhnya apa yang sepatutnya berlaku di Parlimen. Apakah jenis perkataan yang patut dikeluarkan oleh seseorang ahli parlimen dan apa pula yang tidak.
23 Rakyat juga semakin dapat mengenal siapa yang lebih berpolitik, siapakah pula yang melebihkan perjuangan? Siapakah yang bercakap bagi pihak rakyat dan siapa pula yang bercakap bagi pihak individu untuk menyerang individu yang lain.
24 Sayugia diingat Peristiwa 16 September itu sudah lama berlalu. Sudah basi. Dan ramai orang sudah lebih daripada percaya yang Anwar tidak bercakap benar tentang itu setelah bukti menunjukkan tiada apa-apa yang berlaku pada hari itu, selepas itu dan hingga kini.
25 Tiba-tiba Zahrain mengangkatnya semula di Parlimen lalu mahu orang menerimanya sebagai kejutan. Kejutan apakah jadahnya jika orang sudah lama percaya tentang pembohongan Anwar.
26 Kejutan apakah jadahnya bagi orang yang sudah lama mengetahui cerita tentang itu? Jika anda masih mengharapkan itu satu kejutan, kejutan itu ialah ada orang yang berasa malu dengan apa yang disangka kejutan itu.
27 Anda jangan silap faham. Bukan Anwar yang akan malu dengan kejutan itu sebab Anwar tidak akan malu lagi setelah apa yang beliau lakukan.Tetapi yang malu ialah mereka yang sedar tentang apa yang sepatutnya berlaku di Parlimen yang mulia itu.
Hakcipta Abd Bashid Harun











2 users commented in " Tiada Apa-Apa Kejutan Sebenarnya Di Parlimen Semalam "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackbetul gurubashid….orang media kadang2 tak dapat bezakan yang mana perlu diberi keutamaan untuk pembangunan nasional daripada cerita yang sudah basi dan mungkin menjadi beban kepada kerajaan
Judul: HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM
A. Latar Belakang
Manusia, pada hakikatnya, secara kodrati dinugerahi hak-hak pokok yang sama oleh Tuhan Yang Maha Esa. Hak-hak pokok ini disebut hak asasi manusia (HAM). Hak asasi manusia adalah sebagai anugerah Tuhan Yang Maha Esa, yang melekat pada diri manusia, bersifat kodrati, universal dan abadi, berkaitan dengan harkat dan martabat manusia. Pada gilirannya, hak-hak dasar atau hak-hak pokok yang dibawa manusia sejak lahir sebagai anugerah Tuhan Yang Maha Esa, di mana hak-hak asasi ini menjadi dasar daripada hak-hak dan kewajiban-kewajiban yang lain.
Umumnya, kita, masyarakat Indonesia yang mayoritas beragama Islam (sebagai akibat dari pola pendidikan ala Barat yang dikembangkan semenjak jaman penjajahan Belanda dan diteruskan di era republik pasca proklamasi kemerdekaan hingga kini) mengenal konsepsi HAM yang berasal dari Barat. Kita mengenal konsepsi HAM itu bermula dari sebuah naskah Magna Charta, tahun 1215, di Inggeris, dan yang kini berlaku secara universal mengacu pada Deklarasi Universal HAM (DUHAM), yang diproklamasikan PBB, 10 Desember 1948.
Padahal, kalau kita mau bicara jujur serta mengaca pada sejarah, sesungguhnya semenjak Nabi Muhammad S.A.W. memperoleh kenabiannya (abad ke-7 Masehi, atau sekira lima ratus tahun/lima abad sebelum Magna Charta lahir), sudah dikenalkan HAM serta dilaksanakan dan ditegakkannya HAM dalam Islam. Atas dasar ini, tidaklah berlebihan kiranya bila sesungguhnya konsepsi HAM dalam Islam telah lebih dahulu lahir tinimbang konsepsi HAM versi Barat. Bahkan secara formulatif, konsepsi HAM dalam Islam relatif lebih lengkap daripada konsepsi HAM universal.
Untuk memverifikasi benar-tidaknya bahwa konsepsi HAM dalam Islam telah lahir lebih dulu tinimbang konsepsi HAM versi Barat atau universal, maka perlu ditelusuri tentang sejarah HAM universal dan sejarah HAM dalam Islam. Selain itu, perlu pula ditelaah mengenai konsepsi HAM universal dibandingkan dengan konsepsi HAM dalam Islam. Dari sini, diharapkan akan terkuak kebenaran “historis” tentang sejarah HAM dan konsepsi HAM secara universal serta sejarah HAM dan konsepsi HAM dalam Islam.
B. Sejarah Hak Asasi Manusia dalam Islam
Apabila kita berbicara tentang sejarah HAM, maka hal ini senantiasa mengenai konsepsi HAM menurut versi orang-orang Eropa/Barat, sebagaimana telah di bahas di muka. Padahal kalau kita mau bicara jujur, sesungguhnya agama Islam telah mendominasi benua Asia, Afrika, dan sebagian Eropa selama beratus-ratus tahun lamanya dan telah menjadi faktor penting bagi kebangkitan bangsa-bangsa Eropa (Luhulima, 1999). Tetapi fakta historis seperti ini jadinya diabaikan mereka, sesudah orang-orang Islam ditaklukkan dalam perang Salib terakhir (abad 14-15) di Eropa, hingga pasca perang dunia kedua (1945).
Menurut Ismail Muhammad Djamil (1950), fakta telah membuktikan, bahwa risalah Islam (sejak permulaannya kota suci Mekah sudah memasukkan hak-hak asasi manusia dalam ajaran-ajaran dasarnya bersamaan dengan penekanan masalah kewajiban manusia terhadap sesamanya .
Oleh karenanya, kita dapat menemukan di berbagai surat dalam Kitab Suci Al Qur`an yang diturunkan pada awal-awal periode Mekah, yang berbicata tentang pengutukan terhadap berbagai bentuk pelanggaran hak-hak asasi manusia yang berlaku pada masa itu. Al Qur`an tidak hanya mengutuk berbagai pelanggaran hak-hak asasi manusia yang terjadi pada masa itu, tetapi juga memberikan motivasi secara positif kepada manusia untuk menghargai hak-hak tersebut.
Hal ini sebagaimana difirmankan Allah S.W.T :
“Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, karena dosa apakah dia dibunuh” (Q.S. At-Takwir : 8-9)
“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin” (Q.S. Al-Ma`un : 1-3)
“Dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (Yaitu) melepaskan budak dari perbudakan” (Q.S. Al-Balad : 12-13)
Nabi Muhammad S.A.W. yang kehidupannya merupakan praktik nyata dari kandungan Al-Qur`an, sejak awal kenabiannya telah memberikan perhatian yang sangat besar terhadap hak-hak asasi manusia ini. Setelah beliau hijrah ke kota Madinah dan mendirikan secara penuh suatu negara Islam sesuai dengan petunjuk Illahi, maka beliau segera menerapkan program jangka panjang untuk menghapus segala bentuk tekanan yang ada terhadap hak-hak asasi manusia.
Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan berbagai tindakan sebagaimana telah ditetapkan dalam Al Qur`an yang menghendaki terwujudnya pelaksanaan hak-hak asasi mansia. Selain itu, beliau telah memproklamasikan kesucian hak-hak asasi manusia ini untuk segala zaman ketika berkhutbah di depan kaum muslim pada waktu haji wada` (perpisahan), yakni sebagaimana diriwayatkan dalam H.R. Muslim (”Kitab al-Hajj”), sebagai berikut :
“Jiwamu, harta bendamu, dan kehormatanmu adalah sesuci hari ini. Bertakwalah kepada Alloh dalam hal istri-istrimu dan perlakuan yang baik kepada mereka, karena mereka adalah pasangan-pasanganmu dan penolong-penolongmu yang setia. Tak ada seorang pun yang lebih tinggi derajatnya kecuali berdasarkan atas ketakwaan dan kesalehannya. Semua manusia adalah anak keturunan Adam, dan Adam itu diciptakan dari tanah liat. Keunggulan itu tidak berarti orang Arab berada di atas orang nonArab dan begitu juga bukan nonArab di atas orang Arab. Keunggulan juga tidak dipunyai oleh orang kulit putih lebih dari orang kulit hitam dan begitu juga bukan orang kulit hitam di atas orang kulit putih. Keunggulan ini berdasarkan atas ketakwaannya”
Kedudukan penting HAM sesudah wafatnya Rosulullah S.A.W. dan diteruskan oleh Khulafa ar-Rosyidin, serta sistem kekuasaan Islam berganti dengan monarki. Di sini HAM dalam Islam tetap mendapatkan perhatian luar biasa masyarakat Islam. HAM dalam Islam bukanlah sifat perlindungan individu terhadap kekuasaan negara yang terbatas, namun merupakan tujuan dari negara itu sendiri untuk menjaga hak-hak asasi manusia terutama bagi mereka yang terampas hak-haknya. Jadi, setiap prinsip dasar pemerintahan Islam pada hakikatnya adalah berlakunya suatu praktik usaha perlindungan dari terjadinya pelanggaran HAM. Kini Islam telah memberikan sinar harapan bagi umat manusia yang menderita dengan cara memberikan, melaksanakan, dan menjamin respek terhadap hak-hak asasi manusia itu.
Selanjutnya, untuk menandai permulaan abad ke-15 Era Islam, bulan September 1981, di Paris (Perancis), telah diproklamasikan Deklarasi HAM Islam Sedunia. Deklarasi ini berdasarkan Kitab Suci Al-Qur`an dan As-Sunnah serta telah dicanangkan oleh para sarjana muslim, ahli hukum, dan para perwakilan pergerakan Islam di seluruh dunia.
Deklarasi HAM Islam Sedunia itu terdiri dari Pembukaan dan 22 macam hak-hak asasi manusia yang harus ditegakkan, yakni mencakup :
1. Hak Hidup
2. Hak Kemerdekaan
3. Hak Persamaan dan Larangan terhadap Adanya Diskriminasi yang Tidak Terizinkan
4. Hak Mendapat Keadilan
5. Hak Mendapatkan Proses Hukum yang Adil
6. Hak Mendapatkan Perlindungan dari Penyalahgunaan Kekuasaan
7. Hak Mendapatkan Perlindungan dari Penyiksaan
8. Hak Mendapatkan Perlindungan atau Kehormatan dan Nama Baik
9. Hak Memperoleh Suaka (Asylum)
10. Hak-hak Minoritas
11. Hak dan Kewajiban untuk Berpartisipasi dalam Pelaksanaan dan Manajemen Urusan-urusan Publik
12. Hak Kebebasan Percaya, Berpikir, dan Berbicara
13. Hak Kebebasan Beragama
14. Hak Berserikat Bebas
15. Hak Ekonomi dan Hak Berkembang Darinya
16. Hak Mendapatkan Perlindungan atas Harta Benda
17. Hak Status dan Martabat Pekerja dan Buruh
18. Hak Membentuk Sebuah Keluarga dan Masalah-masalahnya
19. Hak-hak Wanita yang Sudah Menikah.
20. Hak Mendapatkan Pendidikan
21. Hak Menikmati Keleluasaan Pribadi (Privacy)
22. Hak Mendapatkan Kebebasan Berpindah dan Bertempat Tinggal
C. Konsepsi Hak Asasi Manusia dalam Islam
Menurut Syekh Syaukat Hussain (1996), hak asasi manusia (HAM) yang dijamin oleh agama Islam dapat diklasifikasikan ke dalam dua kategori, yaitu :
1. HAM dasar yang telah diletakkan oleh Islam bagi seseorang sebagai manusia; dan
2. HAM yang dianugerahkan oleh Islam bagi kelompok rakyat yang berbeda dalam situasi tertentu, status, posisi dan lain-lainnya yang mereka miliki. Hak-hak asasi manusia khusus bagi nonmuslim, kaum wanita, buruh/pekerja, anak-anak, dan lainnya merupakan beberapa contoh dari kategori hak asasi manusia-hak asasi manusia ini.
Hak-hak dasar yang terdapat dalam HAM menurut Islam ialah : (1) Hak Hidup; (2) Hak-hak Milik; (3) Hak Perlindungan Kehormatan; (4) Hak Keamanan dan Kesucian Kehidupan Pribadi; (5) Hak Keamanan Kemerdekaan Pribadi; (6) Hak Perlindungan dari Hukuman Penjara yang Sewenang-wenang; (7) Hak untuk Memprotes Kelaliman (Tirani); (8) Hak Kebebasan Ekspresi; (9) Hak Kebebasan Hati Nurani dan Keyakinan; (10) Hak Kebebasan Berserikat; (11) Hak Kebebasan Berpindah; (12) Hak Persamaan Hak dalam Hukum; (13) Hak Mendapatkan Keadilan; (14) Hak Mendapatkan Kebutuhan Dasar Hidup Manusia; dan (15) Hak Mendapatkan Pendidikan.
Leave A Reply