Rakyat Malaysia yang lain saya tidak begitu pasti, tetapi bagi rakyat Permatang Pauh mereka telah pun bersedia seratus peratus untuk bersaing sesama sendiri dan antara kaum tanpa bantuan kerajaan pusat di bawah konsep Malaysian Malaysia. Mereka mempunyai cukup kekuatan: modal, mental dan fizikal untuk bersikap jauh lebih terbuka daripada rakyat di kawasan-kawasan lain. Kemenangan agak besar Anwar adalah satu signal kepada kerajaan bahawa masyarakat Permatang Pauh terutama Melayu boleh berdikari tanpa subsidi dan sebarang bantuan. “Kami sudah cukup kuat untuk melakukannya sendiri”, jelas lebih daripada 30,000 rakyat di Permatang Pauh pada 26 Ogos yang lalu.Selepas ini mereka bukan sahaja tidak akan menyalahkan kerajaan lagi jika kerajaan tidak berupaya menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada mereka, malahan mereka tidak akan mencari kerajaan lagi untuk mengadu atau memohon pertolongan. Atas kesediaan untuk berdikari dan bebas lebih awal daripada pergantungan ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakyat Permatang Pauh ” GuruBashid