1 Pertambahan undi kaum India yang menyokong calon BN dalam PRK Hulu Selangor yang baru lalu turut didorong oleh pengumuman bersara awal oleh Samy Vellu jika calon BN Hulu Selangor menang.
2 Tetapi jika pemimpin MIC itu mengumumkan akan bersara sebaik-baik sahaja BN menang, saya kira jumlah pengundi India yang akan mengundi BN jauh lebih besar.
3 Maka Ketua MIC itu tiada pilihan lain selepas ini selain mencari masa dan tempat yang sesuai untuk bersara pada bila-bila masa selewat-lewatnya sebelum PRK yang berikutnya, terutama yang akan melibatkan ramai pengundi India.
4 Pada mulanya saya cukup bimbang jika DS Najib memilih calon yang dilagang oleh presiden MIC itu, tetapi mujurlah ianya tidak berlaku. Sebaliknya Perdana Menteri memilih calon pilihan rakyat sesuai dengan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dalam semua perkara.
5 Ya DS Najib Tun Abdul Razak telah melepaskan diri daripada sebarang kongkongan parti atau bayangan ketua dengan mengetengahkan calon yang tidak popular tetapi menjadi pilihan rakyat.
6 Insya-Allah kita akan saksikan selepas ini tradisi penetapan calon yang terikat dengan kehendak ketua parti atau ketua bahagian bukan lagi menjadi ukuran utama.Pemilihan calon dalam PRK Hulu Selangor adalah permulaan ke arah pemantapan BN.
GuruBashid











1 user commented in " Samy Vellu Mesti Letak Jawatan "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback[…] Baca pandangan saya mengenai Calon di Bagan Pinang dan Calon BN di Hulu Selangor.. Baca juga ARTIKEL […]
Leave A Reply