” Yang kita khuatiri suatu ketika dahulu sudah mula berlaku. Amerika langsung tidak menghormati 27 juta rakyat Malaysia dan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat. Amerika hanya nampak Anwar dan mahukan Anwar. Anwar penting bagi mereka berbanding rakyat Malaysia yang lain.Saya percaya selepas ini Amerika tidak akan berdiam diri. Dengan jalan halus atau kasar Amerika akan menggunakan individu bernama Anwar sebagai alasan untuk melangsungkan agenda licik mereka di negara ini. Anwar dan mereka yang sekepala dengannya juga tidak akan berundur lagi selepas ini. Dia akan terus menyeluk pekasam dan menggenggam bara apinya sehingga selesai. Jika ini menjadikan Malaysia terancam orang tidak akan melupakan “jasa” Anwar. Sebagai orang kerdil kebanyakan kita hanya boleh tunggu dan lihat.Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan dapat melihat apa yang bakal berlaku, saya menyerahkannya kepada kebijaksanaan kerajaan dalam hal ini. Saya percaya rakyat yang setia akan bersama kerajaan dalam susah dan senang.” GuruBashid




















1 user commented in " Rakyat Yang Setia Bersama Kerajaan Dalam Susah dan Senang "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackDato’ Seri Anwar Ibrahim TIDAK:
1- Berbincang dengan Donald Rumsfeld dalam hal-hal pertahanan negara
( http://www.defenselink.mil/transcripts/transcript.aspx?transcriptid=10 )
Gambar:
http://www.defenselink.mil/home/photoessays/2005-06/p20050605a1a.html
2- Berunding mengenai perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika tanpa pengetahuan rakyat ( http://www.bilaterals.org/article.php3?id_article=8199 )
3- Membenarkan kapal pengangkut Amerika yang terlibat dalam mengebom bumi Iraq berlabuh di Pelabuhan Kelang ( http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=281770 )
Amerika sudah melaksanakan agenda licik mereka di negara ini. Kalau tak macam mana syarikat Halliburton yang ada kaitan dengan Dick Cheney boleh membuka kilang mereka di WPI?
Leave A Reply