1 Saya berkesempatan menonton Buletin Utama, TV3 sebentar tadi. Dalam jawapan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia terhadap pertanyaan wartawan tentang kemungkinan simpati terhadap pembangkang akan bertambah dengan timbulnya isu video seks yang dipercayai melibatkan pemimpin kanan sebuah parti pembangkang, Perdana Menteri menegaskan dengan penuh yakin bahawa rakyat mahukan kebenaran bukan persepsi-persepsi yang ditimbulkan.

2 Disebabkan persoalan berkaitan video seks itu telah dijawab dengan penuh yakin oleh DS Najib, maka saya yang pernah membuat beberapa persepsi tentang hal ini sebelumnya dengan ini mengambil keputusan untuk menamatkan sebarang spekulasi dan persepsi saya mengenainya.

3 Sebagai pemimpin yang telah berjaya melakukan beberapa transformasi yang meninggalkan kesan yang positif, memiliki kekuatan membuat jangkaan dan berupaya nampak apa yang dilihat, saya menghormati pendirian beliau serta berkeyakinan yang pandangan beliau itu adalah betul dan ikhlas.

4 Walau bagaimanapun saya masih mengekalkan tiga persepsi saya sebelum ini sebab pada saya UMNO(BN) sebelum, sekarang dan selepas ini tidak boleh dibesarkan dengan isu-isu seks seperti ini. UMNO dan BN selamanya dibesarkan dengan kemampuan sendiri dan kerja buat mereka selama ini kepada rakyat, agama dan bangsa.

5 Meskipun betul yang pelaku utama dalam video seks itu adalah individu yang sedang menghadapi kes liwatnya dan saya pun memang bersetuju yang individu itu memang terlibat, namun perilaku 4 individu ini (Trio plus Anwar) tidak patut dibenarkan mewarnai politik Malaysia.

6 Sebagai pendidik yang dibesarkan dengan sistem pendidikan negara yang bermutu yang berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan, saya menolak cara-cara yang sebegini walau apa pun niatnya.

Baca ucapan DS Najib dengan KLIK DI SINI.

Catatan GuruBashid