1 Kedudukan PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi semakin tenat akibat kenyataan lancang yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh yang mendakwa calon yang mewakili BN daripada PBS, Datin Linda telah diperalatkan. Seperti orang bodoh, Harakah milik PAS semalam turut menjadikan kenyataan wanita itu sebagai berita penting.

2 Kenyataan yang dilihat sebagai keterlaluan itu telah menyinggung ramai pihak, terutama kaum wanita di Batu Sapi.Beliau tidak sedar kenyataan yang asalnya mahu menghina BN itu kini memerangkap partinya sendirinya yang turut bertanding dalam PRK itu.

3 Fuziah yang berasal dari Semenanjung seolah-olah tidak menelaah terlebih dahulu tentang strategi dan taktik yang patut digunakan dalam pilihan raya di Sabah, termasuk di Batu Sapi ini. Beliau bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa merujuk terlebih dahulu kepada calon PKR yang bertanding di situ, Ansari.

4 Mengambil kesempatan daripada suatu kematian untuk dijadikan isu menggambarkan yang Fuziah buta tentang perasaan wanita. Fuziah terlupa bukan semua yang boleh dijadikan isu, terutama dalam pilihan raya, apatah lagi hal yang berkaitan dengan sentimen kewanitaan yang kematian suami.

5 Fuziah seolah-oleh mahu menunjukkan rasa sedih dan simpatinya terhadap Datin Linda, tetapi disebabkan keghairahan berpolitik dia terlupa bahawa kenyataannya itu sebenarnya telah melukakan hati bukan sahaja Datin Linda, tetapi seluruh keluarganya, saudara maranya, jiran tetangga, etnik dan seluruh penduduk di kawasannya.

6 Ansari yang bertanding mewakili PKR dan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP sendiri tidak pernah menjadikan hal sebegini sebagai isu, tiba-tiba sahaja Fuziah tanpa berfikir panjang telah menggunakan isu ini sebagai bahan kempen.Inilah kesilapan Fuziah yang tidak akan dimaafkan oleh ahli partinya daripada PKR yang dilihat semakin diitolak akibat kenyataan itu.

7 Fuziah harus sedar bahawa dia bukan berada di tempatnya. Di sini jika dia menyinggung seseorang dia menyinggung ramai orang. Dia wanita. Dia patut tahu tentang perasaan wanita. Lainlah kalau wanita yang dia bersimpati itu diperlakukan dengan tidak selayaknya. Tetapi ini seorang wanita yang sedang diktiraf akan peranannya. Wanita kepada mendiang suaminya yang terkenal dan berjasa. Sungguh silap kamu Fuziah.

Hakcipta Abd Bashid Harun