Sebahagian kita hanya mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) sedangkan kerajaan mempunyai banyak agenda untuk rakyat dan negara.

Di dalam kepala sesetengah kita hanya mengidamkan jawatan wakil rakyat. Atas sebab itulah PRU sangat didambakan oleh golongan ini. Itu berita baik untuk periuk nasi mereka.

Mereka tidak perlu fikir bagaimana pembangunan harus dilakukan selepas mereka menang. Yang penting kalau mereka menang, “lumayan tu”.

Tetapi bagi kerajaan BN, menang atau kalah mereka sentiasa dilihat akan berusaha untuk membantu rakyat dan membangunkan negara ini.

Mereka yang begini tidak pernah memikirkan apakah implikasi sesuatu Pilihan Raya Umum ke atas rakyat dan negara. Ybagi ang penting mereka Pilihan Raya Umum yang akan diadakan itu memberi keuntungan kepada peribadi dan parti mereka. Mereka tidak mahu melihatnya lebih daripada sempadan peribadi dan parti.

Tanpa Pilihan Raya mereka hampir-hampir tidak ada kerja. Sedangkan kerajaan tak perlu menunggu ke saat Pilihan Raya baru nak bekerja, sebabnya kerajaan memang bekerja untuk sepanjang masa. Tanpa henti.


Catatan GuruBashid