1 Penganjur perhimpunan BERSIH bolehlah diumpamakan seperti peniaga yang berniat KOTOR yang menawarkan cecair yang KOTOR untuk dijual kepada orang ramai dengan berselindung atau mengumpan orang ramai di sebalik ungkapan, kata atau slogan yang paling baik dan paling menarik.
2 Maka akan keluarlah daripada mulut peniaga yang berniat jahat tadi kata-kata yang cukup baik dan membujuk seperti ini barang banyak BERSIH, BAGUS, BAIK dan MURAH. Kata BERSIH, BAGUS, BAIK dan MURAH adalah perkataan yang bernilai positif, mesra pengguna dan memang mahu didengar oleh sesiapa sahaja. Sebabnya, sudah menjadi fitrah manusia mahukan yang bersih, baik dan bernilai.
3 Ketika niat pengguna bermacam-macam dengan membeli dan mencuba produk tersebut, namun niat peniaga seperti itu hanya satu iaitu melariskan barangan jualan mereka yang akhirnya membawa pulangan yang menguntungkan kepada diri mereka per se.Kesan buruknya kepada kesihatan pembelinya langsung tidak ada dalam pemikirannya.
4 Peniaga yang paling kotor biasanya akan memilih ungkapan yang paling BERSIH, bukan dengan tujuan untuk membersihkan diri mereka, tetapi untuk mengelirukan atau memerangkap orang ramai. Tetapi kata BERSIH tidak sedikit pun dapat memadam kekotoran yang ada dalam hati orang yang memilikinya.
5 Kekotoran dalam hatinya hanya terpancar dan terbau daripada setiap huruf dalam kata BERSIH itu oleh orang yang BERSIH hatinya. Orang yang terpalit kekotoran atau orang yang memang sudah KOTOR hatinya akan terhijab daripada melihat kebenaran.
6 BERSIH ini tidak ubah seperti satu pelekat berlabel BERSIH untuk melariskan produk yang paling busuk yang dijual di dalam botol kaca. BERSIH sekadar untuk menipu pengguna, walhal pada hakikatnya bahan/benda yang dikandung di dalam botol itu tetap KOTOR.Tetapi pada pandangan awam kekotoran di dalam botol hitam itu tidak nampak disebabkan telah ditutupi dengan label yang tertulis kata BERSIH di sekeliling botol itu.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " PERUMPAMAAN PERHIMPUNAN BERSIH "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply