Al-Hamdulillah, niat suci saya untuk memberi sentuhan baru kepada UMNO Cawangan saya diperkenankan Tuhan. Matlamat saya untuk berbakti kepada parti dan masyarakat di sini melalui UMNO nampaknya difahami oleh Ketua UMNO dan seluruh AJK. Malahan ahli-ahli UMNO di sini melihat saya perlu berada dalam parti meskipun tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Cawangan.
Pada peringkat awal saya pernah diberi amaran untuk memastikan saya mesti menang sebagai Ketua Cawangan. Jika tidak kata mereka, saya akan dihabiskan sama sekali. Tetapi saya tetap bersyukur kerana dalam mesyuarat itu saya masih diterima dalam parti meskipun sekadar AJK. Atas nama parti saya mengambil jawatan itu sebab saya bekerja bukan kerana seseorang atau untuk seseorang. Saya hanya bekerja dalam parti untuk kepentingan bangsa saya, agama saya dan negara saya.
Saya tidak menyangka selepas beberapa hari berlalu, saya diminta dengan penuh ikhlas oleh Ketua Cawangan (yang saya berlawan dengannya) untuk memegang jawatan Setiausaha Cawangan. Cadangan yang datang sendiri daripada seseorang yang pernah saya berlawan dengannya memungkinkan pelbagai andaian dan syak. Setelah bertanya kepada semua pihak, lawan dan kawan dan beristikharah, Tuhan membuka pintu hati saya untuk menerima jawatan itu. Jawatan yang menuntut sumbangan yang bukan kecill untuk membantu Ketua saya ke arah menggerakkan parti dan seterusnya menggiatkan aktiviti di kawasan ini bagi menebus maruah parti yang tercalar.
Dengan melupakan yang saya pernah berlawan dengannya, maka atas nama dan kepentingan parti saya menerima jawatan itu dengan rela hati. Dan pengesahan perlantikan saya telah pun dibuat dalam Mesyuarat AJK yang pertama pada 17 Ogos yang lalu. Itulah kali pertama saya mencatat minit atas nama dan fungsi saya sebagai Setausaha parti.
Al-Hamdulillah setakat ini, idea, surat-surat dan kertas-kertas cadangan untuk beberapa aktiviti parti tidak pernah ditolak oleh ketua saya. Saya melihat apabila seseorang itu meletakkan kepentingan organisasi lebih utama daripada kepentingan diri, tak siapa pun dapat menghalangnya.Ia seperti arus deras yang tidak boleh disekat lagi.
Untuk itu saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua saya itu. Dia nampaknya dapat membezakan antara kepentingan parti dan hal peribadi. Saya sendiri tidak ada permusuhan peribadi dengan beliau. Hubungan adalah baik. Dia tahu saya adalah orang yang boleh berdebat, dan berhujah dengan seseorang, tetapi selepas itu saya boleh tersenyum dan bersembang-sembang seperti biasa, seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi.
Saya juga berterima kasih kepada Setiausaha lama yang bersedia mengosongkan jawatan itu untuk diberi kepada saya. Saya hanya mahu bekerja untuk parti saya.
Catatan GuruBashid

















5 users commented in " Pertama Kalah, Selepas Itu AJK dan Kini Setiausaha "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAssalamualaikum,
Tahniah kepada Tuan.
moga-moga lebih ramai akar umbi UMNO bertindak memulihkan parti keramat Melayu ini daripada karam
TAHNIAH. Moga-moga peluang yang tersedia utk berbakti akan tertunai. Berhati-hati dengan persepsi yang terbentang dan dibentangkan. Kekadang kejadian diluarjangkaan akan berlaku. Bersedia menhadapi dengan apa jua kemungkinan demi kemungkinan. Itu hakikat…Tak cuba maka tak tahu. Merasai lebih nikmat daripada sekadar memandang…
Terima kasih Anak Malaysia dan terima kasih Azlanlin. Sekalipun anda tidak mengucapkannya, saya tetap akan melaluinya. Walau apa pun, do’a dan harapan individu seperti anda berdua tetap menjadi pembakar semangat.
Alhamdulillah.. Habis bertanding tetap kawan kerana sama hala tuju perjuangannya..
SEDIH SANGAT ARI NI BILA ANWAR MENANG. XTAU MANA HALA TUJU MALAYSIA DI BWH PENTADBIRAN ORANG MCM 2
Leave A Reply