1. Nampaknya 1Malaysia yang sedia ada tidak mencukupi sehingga sebahagian kita memikirkan perlu diadakan sebuah India Kecil.

2. Di tengah-tengah usaha sedang dilakukan untuk mengkompromikan perbezaan sedia ada di kalangan rakyat melalui 8 nilai yang dikongsi bersama seperti yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia ada pula usaha untuk menambahkan perbezaan itu melalui kewujudan India Kecil.

3.Rakyat bukan tidak tahu ada banyak kawasan di negara ini dihuni lebih ramai oleh satu kaum tertentu dengan pegangan nilai dan budaya kaum yang tegar namun biarlah keadaan ini wujud begitu sahaja tanpa ada satu pengenalan rasmi ke atasnya.

4. Jika sekarang kita merasmikan sebuah Little India, akan ada pula yang memperkenalkan Little Indonesia, Little China, Little Sikh, Little Siam dan sebagainya.

5. Kalau ada di negara lain wujud pengenalan itu biarkan, tetapi di negara kita yang memiliki komposisi kaum yang bukanlah jauh sangat perbezaannya dan dengan segala keunikannya yang agak besar tidak sesuai wujud identiti seperti itu.

6. Cukuplah 1Malaysia yang sedia ada yang dikongsi bersama oleh semua kaum yang bersetia menjadi warganegaranya dengan memberi penghargaan kepada perbezaan yang sedia ada yang diperakui dalam perlembagaan negara seperti dalam aspek bahasa, keturunan, agama dan budaya.

7. Janganlah kita menambahkan kerencaman dan kompeksiti yang sedia ada dengan cadangan atau usaha seperti ini.

8. Ketika kita sedang berusaha memikirkan dan membawa negara ini ke arah sebuah kesatuan meskipun dalam kepelbagaian melalui tindakan membina sebuah negara bangsa sebagaimana yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia, maka fikiran, cadangan dan usaha seperti mewujudkan India Kecil itu adalah sangat berlawanan dengan semangat itu.


Hakcipta Abd Bashid Harun