1 Ketika wakil rakyat sedia ada, pemimpin dan individu berwibawa dalam parti UMNO mahupun dalam komponen Barisan Nasional di pelbagai peringkat ragu-ragu bersuara dicongak kebimbangan akan dituduh berkempen untuk kepentingan diri sendiri, maka pandangan blogger, aktivis laman sosial dan penganalisis politik bebas seperti kitalah yang amat diharapkan oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional bagi mendapat maklum balas yang lebih neutral tentang Calon Mampu Menang yang boleh diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

2 Kita menjadi orang yang sangat penting sekarang ini.Jadi serlahkanlah pandangan kita sejujur dan sebitara mungkin agar pucuk pimpinan tertinggi parti hanya mendapat maklumat yang tepat lagi benar bagi membantu mereka membuat keputusan.

3 Oleh itu jangan kita sendiri memperkecilkan sumbangan yang mampu kita berikan demi kelangsungan hidup rakyat Malaysia yang penuh aman, makmur, bersatu padu dan stabil.

4 Kita sudah berjanji bahawa kita akan membantu parti semasa kita memilih untuk terjun aktif di dalamnya.Inilah masanya kita menunaikan semua janji kita.

5 Malahan suara individu seperti kita yang tidak memihak kecuali kepada parti dan dengan satu tujuan hanya untuk memenangkan calon parti, amat didambakan bukan sahaja oleh pucuk pimpinan tertinggi parti malahan turut ditunggu-tunggu dalam diam dan debar oleh individu yang berkelayakan agar mereka disokong dan diketengahkan tetapi sengaja memilih untuk mendiamkan diri demi tidak disalahmengertikan.

6 Kita tidak ada sebarang jawatan dalam parti, jadi tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Kita cuma patut bimbangkan jika nasib parti dan kerajaan yang kita dokong lemah disebabkan kita tidak berupaya membantu mereka.

7 Hasrat untuk membantu parti ketika parti dalam keadaan lemah suatu ketika dulu tidak akan menjadikan kita mundur semasa reputasi parti sedang kembali meningkat naik.

8 Orang seperti kita tidak akan menyimpan sesuatu yang sangat penting jika itu baik untuk masa depan parti dan kerajaan semasa sekalipun terpaksa menyinggung hati individu tertentu.

9 Begitu juga orang seperti kita tidak akan sanggup menyimpan rapat cerita yang berkaitan parti dan kerajaan jika menyimpannya adalah jauh lebih buruk kesannya kepada parti dan kerajaan daripada membukanya.

10 Apabila kita menyatakan bahawa seseorang itu perlu diketengahkan sebagai calon parti kita, bukan kerana orang itu puak kita atau telah memberi suatu habuan kepada kita, tetapi kerana orang itu benar-benar layak memenangkan parti dalam PRU.

11 Apabila kita menceritakan kelebihan-kelebihan seseorang yang kita ingin tonjolkan itu tidak pula kita berhasrat untuk menceritakan pula keburukan-keburukan individu yang kita tak senaraikan itu.

12 Kita tidak akan mencari salah sesiapa ketika menceritakan kelebihan seseorang. Pendirian yang kita ambil sepatutnya jelas, iaitu membantu parti dan kerjaaan dengan makulmat yang kita berikan, bukan menjadikannya elbih kusut dan sukar.

13 Kita patut memahami lebih jauh dan mendalam daripada yang lain. Sekarang kita berada dalam tempoh yang genting dan kritikal.Strategi dan pendekatan dalam situasi seperti ini tidak sama dengan strategi dan pendekatan yang digunakan semasa dalam situasi tenang dan di peringkat awal perjuangan.

14 Sekarang adalah saat bertempur dengan pihak musuh di mana taktikal dan teknikal lebih terpakai berbanding strategi dan pendekatan itu sendiri. Sekarang kita sedang mengguna senjata, bukan lagi mencari senjata.Penggunaan senjata yang sesuai dan taktik tempur yang dipilih harus tepat dan tak boleh ada silap.

15 Kita kena tahu siapa musuh sebenar yang kita sedang hadapi sekarang.Kita kena tahu prioriti kita.Bagi saya kita guna dahulu tentera yang sedia bersetia dengan kumpulan kita (parti kita) untuk bertempur, tanpa memilih-milih siapa mereka dan apa pegangan mereka.

16 Masa memilih dan menyaring tentera telah selesai di peringkat strategi lagi, tetapi masa sekarang seluruh tentera itu berguna untuk kita sebab adalah sukar untuk membawa balik tentera ketika mereka sedang bersemangat bertempur.

17 Yang lebih penting sekarang adalah kesetiaan mereka kepada pasukan dan panglima tertinggi perang. Keutamaan kita sekarang ialah mencapai kemenangan itu dan melengkapkannya sehingga ke penghujungnya.

18 Selepas menang barulah kita membuat semakan semula, siapa yang perlu dinaikkan pangkat ke peringkat yang lebih tinggi, siapa yang perlu menjadi pekerja sahaja, siapa pula yang perlu dilakukan pencerahan ke atasnya dan siapa pula yang perlu digugurkan. Terima kasih.

Hakcipta Abd Bashid Bin Harun

Protected by Copyscape Plagiarism Tool