1 Ia harus menjadi pilihan raya pertama yang mengetengahkan calon yang benar-benar menggambarkan konsep 1Malaysia. Tak kiralah siapa yang dipilih nanti calon itu harus diterima dan disenangi oleh masyarakat berbilang kaum di Hulu Selangor.
2 Suara pelbagai kaum di Hulu Selangor harus didengar dan pandangan mereka wajib diambil kira. Keutamaan wajar diberikan kepada kehendak rakyat tempatan di sana dalam memilih calon yang mereka suka, bukan semata-mata calon yang disukai oleh ketua bahagian atau ketua-ketua sesuatu parti.
3 Calon yang dipilih itu mestilah calon yang dapat membuktikan kepada masyarakat di Hulu Selangor tentang pencapaiannya dalam sesuatu bidang yang telah memberi manfaat besar kepada rayat di Hulu Selangor selama ini.
4 Dan selepas pemilihan dibuat calon itu hendaklah diperkenalkan sebagai calon 1Malaysia yang mesti mendapat endorsement daripada pelbagai kaum dan parti komponen BN di Hulu Selangor.Maknanya selepas itu tiada lagi suara-suara tidak bersetuju atau kurang senang terhadap calon.
5 Jika semua ciri di atas dapat dipatuhi bererti BN telah berjaya memilih calon yang akan menang dalam PRK itu.Insya-Allah











1 user commented in " Panduan Menentukan Calon BN Bagi PRK Hulu Selangor "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback[…] 2 Anda boleh membaca pandangan saya mengenai Calon di Bagan Pinang dan Calon BN di Hulu Selangor.. Baca juga ARTIKEL ini dan YANG INI. […]
Leave A Reply