Apa yang PAS benci terhadap UMNO, sekarang benar-benar terjadi dalam PAS sendiri. Apakah yang PAS tidak sebut tentang UMNO yang tidak berlaku dalam PAS sekarang?
Mereka lantang menyebut tentang kita, rupa-rupanya mereka sedang menyebut keburukan-keburukan mereka sendiri. Lebih lantang mereka bercakap tentang kita, lebih terbukalah ‘aib mereka.
Beginilah cara-cara mereka menutup kelemahan demi kelemahan yang berlaku dalam parti mereka, iaitu dengan bersuara keras ke arah kita. Mereka hanya ada kelantangan itu, tetapi tiada satu pun kebaikan yang mereka dapat tawarkan kepada kita.
Sebaliknya begitu ramai yang menegur UMNO. Sepatutnya UMNO bersyukur. Bukan sahaja ahli UMNO, tetapi PAS pun dari dahulu selalu menegur UMNO. Sama ada teguran itu betul atau salah, memang UMNO sentiasa ditegur. Cukup ramai. Disebabkan UMNO sudah lama ditegur iaitu sejak kewujudannya lagi, maka UMNO akur untuk melakukan perubahan di mana-mana yang perlu.
Tetapi sebaliknya tidak ada sesiapa yang menegur PAS sebab pemimpin PAS sudah menganggap diri mereka betul dan PAS sendiri sebuah parti untuk ahli-ahli syurga. Disebabkan itu, ketika UMNO terus melakukan perubahan, ketika inilah PAS begitu aktif melakukan kesilapan demi kesilapan, kesalahan demi kesalahan.
PAS inginkan sebuah negara Islam. Itu dahululah. Tetapi saya tidak nampak PAS memimpin dan mentarbiah yang lain-lainnya dalam Pakatan Pembangkang. Sebaliknya PAS dipimpin oleh orang lain termasuk ulamaknya. Bukan sekadar dipimpin tetapi dipermain-mainkan dan diperkudakan.
PAS ikut sahaja apa yang lain-lain katakan. Tidak ada kebijaksanaan daripada PAS sendiri. Mengapakah sampai begini jadinya? Adakah pemimpin PAS hanya layak mengurus kitab fiqh, berbanding sebuah negeri? Adakah PAS ketiadaan pemimpin yang berkeupayaaan mengurus tadbir duniawi sehingga terpaksa diserahkan kepada orang lain?
PAS hanya ada ceramah. Inilah yang berlaku sejak dahulu lagi. Tetapi adakah ceramah ini sahaja yang tertulis sejak azali? Sebutkan kepada saya apakah perkara lain yang PAS buat selain ceramah.
Dari segi ceramah memang anda punya kelebihan. Anda memang berkeupayaan menguasai beberapa kaki pentas dan sebatang mikrofon. UMNO yang berusia 63 tahun pun belum ada kepakaran setanding anda dalam perkara yang satu ini.
Tetapi rakyat tidak mahu ceramah itu. Rakyat mahu lihat apa yang anda buat untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan yang sudah lama dikecapi di negara ini.
Ternyata sejak anda bekuasa ini tidak berlaku. Semakin banyak negeri yang anda kuasai, semakin orang Islam terhimpit dan diburu rasa tidak selamat. Semakin banyak fatwa yang keliru daripada mulut ulamak anda. Semakin masyarakat Melayu berasa tertekan. Semakin kuat anda menanam bibit-bibit kebencian terhadap saudara-saudara Melayu anda yang lain.
Wahai saudara saya dalam PAS, anda sedang dibawa jauh dan semakin hanyut dalam bahtera yang orang lain mengemudikannya. Sedarlah dan bangkitlah sebelum terlambat.











25 users commented in " Mengapakah GuruBashid Menolak PAS? "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam Cikgu,
Ramai dikalangan pemimpin PAS yang dah bankrupt idealism dalam perjuangan. Mereka tidak memahami betapa kompleks nya sesuatu isu yang melibatkan pentadbiran negara yang berkesan. Itulah sebab mereka sering mengeluarkan kenyataan yang merapu dan terlalu simplistik. Walaubagaimanapun mereka tetap saudara kita.
” Apabila terkena batang hidung mereka, jawapan beginilah yang mereka gunakan. Mereka mendo’akan kita, tetapi mereka mengaminkannya untuk diri mereka ” GuruBashid
” bagus pandangan tuan gurubashid ni. pandangan menolak arus sebegini penting utk mempopularkan sesuatu blog. di sebalik keadaan semakin ramai anak2 muda menolak umno, pandangan pengundi saluran 1 gurubashid yang masih menebal taksub dengan umno masih diperlukan. perubahan kosmetik umno dialu2kan walaupun itu cuma sekadar perubahan kosmetik luaran yang nampak macam muda tapi organ2 dalamannya semakin mereput dijangkiti kanser tahap IV. umno menuju ke liang lahad dan sedia untuk ditalqinkan. Innalillah wa inna ilaihi raaji’uun.” ababul82
tuan guru
manusia melayu terlalu fanatik juga ego dan sensitif. hanya tahu menilai orang lain dan tak pernah untuk muhasabah diri. pada mereka diri mereka terlalu baik, maksum. yg salah tetap org lain, yg betul tentulah mereka.
macam ababul82
saya berharap ababul hidup lama utk melihat kerosakan yg dibuat oleh manusia melayu yg menang sorak tapi kampung tergadai..
orang yang merasakan mereka tiada dosa, hanya mereka yg layak..
bukan jenis pemimpin yang baik..
kalau mereka faham mereka akan dihisab tentang apa yg mereka buat menyesatkan akidah manusia melayu.. huh..
” Mereka cuba memisahkan antara Melayu daripada Islam dengan menyarankan kita hanya menyebut Islam sahaja. Mereka seolah-olah menyuruh kita berpaut pada batang sedangkan pada masa yang sama meminta kita memotong akar tunjangnya. Seolah-olahnya mereka mahu memisahkan Nabi Muhammad itu daripada keturunan Arab Quraisynya. Tetapi mereka yang selalu menyebut Islam dan meninggalkan Melayunya kini lebih teruja dengan DAP yang bukan sahaja bukan saudara sebangsa dengan mereka tetapi bukan seagama pun dengan mereka. Nampaknya mereka minta kita meninggalkan pohon, sedangkan mereka sendiri berpaut pada dahan. Lihat apa kata mereka, ” GuruBashid
” Lagi-lagi perjuangan Melayu.Dalam quran ada ke sebut Melayu.Check balik.Perjuangan Islam ke perjuangan Melayu yang betul, ” aji
aji mula rasa tercabar lalu menyindir. Tanpa fikir lalu menaksir:
” Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)
Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?
Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:
1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?
Apa lagi yang Najib tak lakukan?
Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.
Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.
Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.
Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.
Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!
Lalu GuruBashid menjawab:
” Seperti apa yang mereka lakukan, iaitu bercakap untuk semua perkara, mereka mengajak UMNO juga menjadi seperti mereka bercakap untuk semua perkara.Tetapi kebijaksanaan yang ada pada kita menyebabkan kita memilih sebahagian daripadanya untuk dijawab dan sebahagian lagi dibiarkan kekal sebagai strategik dan taktikal. Pemimpin terpilih seperti DS Najib berupaya melihat apa yang kebanyakan kita tidak mampu melihatnya. Kalau awam dapat melihatnya pun mereka mungkin tidak nampak apa yang pemimpin nampak.Sebagai pemimpin untuk 1Malaysia, DS Najib seperti juga Tun Mahathir sebelumnya memiliki pemikiran berlapis-lapis. Tindakan pemimpin yang memandang jauh diumpamakan menarik rambut daripada tepung, tepung tak tumpah, rambut tak putus. Inilah beza pemimpin dengan orang awam. Orang awam akan berkata apa jua menurut sesedap rasa. Namun bagi pemimpin ada sebahagian yang terpaksa didiamkan sebagai rahsia sahaja. Ada perkara yang jika dibuka lebih luas mudaratnya lebih besar, maka perkara seperti itu lebih baik didiamkan sahaja. Sebab itulah mereka dipilih Tuhan untuk duduk di kerusi nombor satu. Najib tidak mahu sekadar mendendangkan lagu selamat yang palsu semata-mata untuk menghiburkan hati orang Melayu. Pada masa yang sama DS Najib juga tidak mahu mengejutkan harimau yang sedang marah dengan kejutan yang mengancam dan mencabar. DS Najib tahu benar apa yang beliau maksudkan dengan apa yang beliau telah katakan. Yang penting strategik dan taktik harus tepat. Orang awam seperti saya selalu melihat kulit, slogan dan lambang. Tetapi tanpa kulit, slogan dan lambang tentu perjuangan untuk membantu orang Melayu lebih mudah dijalankan. Sesungguhnya orang Melayu lebih mudah menilai diri dan kemudian dibantu jika dia bebas daripada jaminan persenan yang memalaskan di suatu pihak dan mengerikan di suatu pihak yang lain. Orang Melayu memerlukan tindakan membantu dalam diam tanpa slogan dan gembar gembur angka. DS Najib dan yang arif sahaja dapat memahami yang tersirat di sebalik yang tersurat.” GuruBashid
Dato Seri Najib patut ambil cikgu sebagai Pegawai Khasnya atau Pengarah Pelajaran Perak supaya guru yg sokong pembangkang 100 peratus sokong UBN
Terima kasih atas pendapat cik gu.Begitulah saya juga menghadapi pemikiran orang PAS yang one track mind ni.
Yang saya terkilan sekali ialah sikap yang konon nya hanya mereka tidak tercela dan kebencian yang terlalu mendalam tentang UMNO sehingga menganggap DAP kafir tu adalah lebih baik.
Kata-kata kesat,muka yang sengaja menunjuk kebencian dituju pada Si UMNO penzalim tetapi muka manis yang dibuat-buat(kerana tidak ikhlas) diberi pada DAP keparat.Hindraf pengganas pun diberi pujian.
Semua sebab PAS wajib diundi?Wah ulamak mana ni bagi fatwa.
salam cikgu…
Persoalan yang timbul di sini kenapakan setiap pilihan raya kecil diadakan mesti dimenangi oleh pakatan rakyat… tidak sedarkah kita rakyat mula berfikir tentang kebaikan pakatan ini. jadi, kenapakan setiap kali diwar-warkan dalam media massa tentang kebaikan dan kewibawaaan kerajaan, dan dimomokkan dengan kejahatan dan keburukan pakatan rakyat. Maka disitulah sekongan yang semakin meningkat kepada pakatan rakyat.
Tidak dsedarkah kita tentang hal itu, cabaran PM baru kita, baru 1 bulan memerintah, masih tidak dapat merampas kerusi 2 Bukit. berbanding PM sebelum ini, Adakah ini isyarat dari rakyat?
Kita tengok sahaja pemimpin parti kerajaan dan pakatan. Cuba kita bandingkan Datuk seri Najib dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz… Kalau diberi pilihan untuk memilih dari segi kotokohan, kewibawaan, keilmuan, kealiman, kejujuran, keikhlasan, pendek kata kreteria bgi seorang pemimpin,,,, siapa yang kita akan pilih????………
kita sebagai orang pendidik yang berfikiran kritis dan kreatif ini, jangan hanya pandai makan gaji. dan “yes bos” sahaja. kalau ayah kita sendiri yang buat silap pun, kita sebagai anak wajib tegur kesilapan dia. bukan terikut untuk melakukan kesalahan yang sama. jangan lupa dunia akhirat menanti kita….
Bukan hendak mencemuh sesiapa…..fikirlah apa yang patut…
Jawapan GuruBashid:
Terima kasih buat din kinabatangan. Bagi saya UMNO merupakan sebuah rumah yang dibangunkan untuk memelihara kesejahteraan ahli-ahli di dalamnya. Di dalam rumah itu ahli-ahli dilindungi, mendapat jaminan keselamatan dan dipelihara makan minumnya. Tentunya yang mengepalai rumah itu ialah ayah dengan dibantu oleh ibu. Ayah dan ibu harus dihormati sejajar dengan kehendak agama dan nilai-nilai terpuji yang menjadi amalan masyarakat timur.Ahli-ahli dalam rumah tangga yakni sesiapa sahaja yang menghuninya patut bekerjasama dengan nakhoda rumah dalam membawa keamanan dan kesejahteraan dalam rumah itu. Segala perkara yang boleh memberi kesan buruk kepada rumah itu sekalipun kecil wajar dibendung dari awal. Rumah itu perlu dijaga dan dipellihara. Sekiranya berlaku masalah kepada ahli-ahli di dalamnya, rumah itu tidak patut menjadi mangsanya. Anak-anak pun tidak disuruh keluar dari rumah itu kecualilah ibu atau bapa sudah tidak reda anak-anaknya berada di rumah itu atau lebih tepat sudah menjadi anak derhaka. Jika rumah itu bocor di sana sini menjadi tanggungjawab bapa sebagai kepala bersama ahli yang berkemampuan memperbaikinya. Malahan rumah itu boleh dibesarkan dan diberi warna dan aksesori baru. Rumah lama yang diubahsuai tentunya menjadi lebih selesa, indah dan menarik untuk berada lebih lama di dalamnya. Jadi tanggungjawab menjaga, memelihara dan memulihara rumah itu adalah tanggungjawab bersama.
Cikgu Ulas lah sikit beza Nik Aziz dan DS Najib yang mana jadi pilihan jangan ubah tajuk.Pada saya DS Najib nak bawak harta sampai kubur.Nik Aziz sentiasa mengingatkan rakyat Taqwa.Tuhan tak tanya tentang kekayaan tapi Taqwa.
l. Terdapat orang UMNO, kebanyakannya memang sukar menerima kebodohan diri dipermainkan bangsa lain. Lihatlah dari dahulu lagi peribahasa yang satu ini masih tebal diamalikan… “berok dihutan disusui, anak di rumah mati kelaparan…”. Ini jika masih berlaku harap diperbetulkan semula. Kita mahu jika kera di hutan disusui, ayam dikepuk ceria kekenyangan, tetapi jangan sampai menjadi itik di air mati kehausan.Orang Melayu harus berdikari, dan bersedia bersaing dengan bangsa lain jika ingin diiktiraf di buminya sendiri.
2. Lari daripada topik adalah satu penyakit bagi orang yang sedang membahaskan sesuatu… seperti juga pemimpin PAS yang lari daripada perjuangan asal setelah selesa dengan kerusi kuasa dan pengaruh politik. Sama juga dengan Anwar yang bukan lagi Anwar yang asal.Sama juga dengan sebahagian kecil ahli UMNO yang berjuang kerana kepentingan peribadi. Semua mereka ini bukan sahaja menyulitkan parti, tetapi juga pembangunan negara bangsa dan perpaduan umat .
Apabila mereka berkata tidak & menafikan akan sesuatu yg hak..kenapa kita yg waras akal hendak turut serta mengiyakan yg batil?kadang² kita masih lagi berfikiran tipikal & jumud di dlm lengkok keselesaan..atau waraskah kita utk berfikiran sedemikian rupa?Kepentingan ideologi & fahaman hanya merupakan tgn pembantu, cuma dgn kepandaian tafsiran logika kita shj yg memungkinkan akal utk menentukan fungsi kegunaannya..bagaimana dgn Iman & taqwa?bukankah ianya sesuatu yg “essential” di dlm membantu akal utk menfasir segala yg hak & batil?Apa yg hak? dan apa pula yg batil? & dimanakah posisi & kecenderungan kita di antara kedua² perkara ini? fikir² kan..
Ulasan GuruBashid:
Makhluk yang bernama manusia selalu berkeluh kesah tentang urusan duniawi (politik dan ekonomi) dan segala sepak terajangnya yang tidak akan selesai-selesai sedangkan urusan akhirat mereka pun belum tahu setakat mana diterima Tuhan. Yang cenderung untuk memberatkan ukhrawi, menggunakan alasan agama; begitu juga yang mempertahankan duniawi juga menggunakan alasan yang serupa. Agama nampaknya cenderung dijadikan alasan yang selamat dan boleh diguna pakai semahu-mahunya oleh sesiapa jua untuk mendiamkan pihak yang saling bertentangan. Konon-kononnya dengan menggunakan alasan agama atau paling kurang simbol agama semua perkara menjadi betul. Sesungguhnya saya lebih khuatir kepada golongan yang dilihat lebih beragama apabila mereka menggunakan alasan agama bagi membenarkan tindakan-tindakan kabur , syak, dzan dan penuh syubhah yang mereka lakukan. Apabila orang agama menggunakan alasan agama untuk mempertahankan tindakan mereka sekalipun salah ia kelihatan seolah-olah benar dan betul serta amat sukar untuk dinafikan oleh orang awam. Sekarang ini kerap ditemui saat di mana agama sering dijual beli dan tempat berselindung bagi yang berkepentingan sehingga sukar dibezakan siapa yang berada di jalan yang hak, dan siapa pula yang berada di jalan yang batil. Pesan guru ” Jika kamu sempat menemui saat sebegitu di mana perbezaan antara yang batil dan yang hak itu hanya senipis daun bawang, maka kamu beradalah setakat mana kefahaman kamu tentang agama dengan menggigit sekuat-kuatnya al-Quran dengan gigi gerahammu. Kekallah kamu walaupun terpaksa berseorangan kerana jamaah itu bermaksud kamu kekal dalam kebenaran sekalipun berseorangan,”.
Tuan GuruBashid,
Dari dahulu lagi saya lihat PAS seperti parti yang tenggelam punca. Katanya Parti Islam tetapi tidak membawa ciri-ciri Islam yang ternyata di dalam Quran, malahan memesongkan orang Islam lagi adanya. Dahulu kala kita lihat ramai orang yang memasuki PAS adalah tergolong dari orang-orang tua, tetapi dengan suntikan baru dimasukkan professional muda untuk menarik penyokong-penyokong muda. Tetapi golongan professional muda pun tidak dapat membawa perubahan malahan lebih teruk lagi dari UMNO.
Memang benar kata GuruBashid, UMNO selalu ditegur dan UMNO dapat mengatasi teguran itu dengan pandangan positif akan tetapi PAS tidak boleh ditegur, kalau ditegur masuk neraka. Inilah pandangan kolot PAS yang cuba memperdayakan kaum-kaum Islam terutama kaum-kaum Melayu dengan menyelitkan perkataan yang dikatakan Islamik seperti “pahala”,”berdosa”,”Masuk Syurga”, “masuk neraka”,”kafir”, “syaitan” dan lain lain lagi dalam ceramah mereka untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu.
Dan orang-orang Melayu yang bodoh ini pun percaya seratus peratus apa yang dicakapkan oleh penceramah ni. Saya harap orang Melayu sedarlah dan bangunlah dari dipukau atau diperbodohkan oleh PAS. Sedarlah dan “Janganlah kamu menerima sebarang maklumat tanpa menentukan kesahihannyanya, Aku (Allah) memberikan kau pendengaran, penglihatan dan akal untuk kau berfikir, dan kamu dipertangungjawab menggunakan kesemuanya itu”(17:36)
Ulasan:
Terima kasih saudara. Teruskan memerhati demi kepentingan umat dan negara.
Celaka kepada semua “opportunist” & semua yg menghalalkan apa yg ditegah oleh Allah SWT..kekadang kecamuk fikiran selalunya buntu utk mentafsir ruang2 selamat diantara nipisnya kulit bawang tersebut..namun penyelesaian akhirnya tetap jua dgn pegangan terhadap hukum Allah SWT bukannya hukum buatan tgn manusia..semakin kerap kita beralasan, maka semakin tersingkaplah segala yg buruk pernah kita hasilkan dari kealpaan kita. Jgn dijadikannya alasan..sebaliknya kita hamparkan ia menjadi landasan. Tanggungjwb kita bukan hanya sekadar mengingat, malah memimpin akal2 yg tandus & terpesong dari segala yg hak. Biar dipihak mana pun, biar di balik mana pun posisi kita, tanggungjwb itu tetap ada. Satu persoalan yg sering berlegar - Kenapa & mengapa pengasingan seringkali wujud apabila penyatuan ummah itu adalah sesuatu yg dituntut? Kita sedar perbalahan & pengasingan adalah sesuatu yg sia2..tetapi secara realistiknya kita kerap menjadikannya sebagai wadah utama. Dan kita juga sering berandaian..mengandaikan sesuatu yg pasti sedangkan sahihnya belum lg terlihat. Wajarkah ia sesuatu yg tindakan boleh dianggap bijak? Jgn kerna andaian, termaktub segalanya utk kita rumus kerna andaian itu adalah musuh nyata cerdik pandai. Sejauh mana pun kita melangkaui tahap batasan dari segi tingkah laku & peradaban. Ingatlah..perjuangan syiar Islam itu adalah benar & optimisnya perjuangan itu adalah semangat kecintaan kita sesama kita!
ulasan saya nampaknya telah diedit semula
… ini tak adil tuan
Ulasan:
Sebagai yang empunya blog saya mempunyai kewajipan untuk mengedit, approval atau unapproval segala komen dalam ruangan ini. Harap maklum
PAS lebih bermaruah jika berjuang secara solo drpd dikudakan DAP.
Ulama PAS byk temberang,sbb tu byk merapu.
Saya pun seorang pendidik,kaji setiap dasar kerajaan ada niat baiknya walaupun ada kelemahan.
Buat apa yg kita mampu.Negara ini maju untk bangsa kita juga,siapa lg yg boleh diharap untuk martabatkan bangsa kita..
Dgn Anwar pun korang boleh percaya..Heran2…
Nik aziz amal baguzzzzzz tp kija habuk tarak…
Jaga kelantan pun terkedek2 harapkan krjn pusat bantu.Hasil mahsul negeri pun smua dah licin.
Cakap pandai,tp kerja habuk tarakkkkk.24 jam ceramah,ceramah,ceramah,ceramah,ceramah sampai mati.
Salam..parti politik sekarang tidak macam dahulu..parti politik sekarang tak lari daripada unsur-unsur makan suap atau rasuah.memamg tak lari.UMNO dan PAS, dua-duanya sama. UmNO pernah tergugat teruk bukan disebabkan UMNO, tetapi oleh pemimpin-pemimpin didalamnya..terdapat segelintir ahli yang mengamalkan rasuah. Bak kata pepatah, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Rakyat hanya nampak apabila kesilapan yang berlaku tanpa memikirkan pengorbanan atau kebaikan UNMO sebelum ini.Adakah parti-parti lain pasti dapat menjaga negara kita kekal aman dari dahulu sehingga sekarang? Bersyukurlah..jangan suka menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja…amanah menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama..
Namun..tidak dinafikan…ada hikmahnya dengan apa yang telah berlaku..perilaku rakyat telah menyedarkan kerajaan untuk melakukan perubahan, memperbaiki kesilapan… Pemimpin kita kini sedang gigih dan nekad untuk menyatupadukan rakyat serta memulihkan keyakinan rakyat kepada pucuk pimpinan negara…semoga segala usaha membuahkan hasil..
salam….
kepada Hakimi….janganlah menghina seorang ulamak…. apa akan jd kepada islam di negara ini jika tiada orang seperti tok Guru Nik Aziz. saya nak tanya..adakah kamu pernah berhadapan/bertemu dengan Nik Aziz?
Reaksi:
Saya kira hakimi berbahasa sesuai dengan apa yang dia ada. Dia tidak menghina ulamak, dia hanya sekadar menjelaskan tentang ketidakpuasannya terhadap pendirian dan sikap Nik Aziz. Nik Aziz yang dimaksudkan oleh Hakimi itu oalah seorang MB dan ahli politik yang tentunya terdedah kepada pertikaian umum.
salam buat cikgu…
cikgu ni menulis bukan ada rujukan atau alasan yang kukuh. asal baka pun dah um no bee end…tinggal kawasan pedalaman sama gagah yang berkarat um no bee end. tu sebab berhujah tak nampak kematangan. majukan la kawasan ulu sendiri.
Reaksi:
Salamun ‘alaik. Semoga Allah merahmati anda.
” Wahai saudara saya dalam PAS, anda sedang dibawa jauh dan semakin hanyut dalam bahtera yang orang lain mengemudikannya. Sedarlah dan bangkitlah sebelum terlambat.”GuruBashid
Lihat bagaimana jawapan Pak Lang:
hang ni memang org sama gagah yang kuat um no..hang tau dak um no la ni tak releven…kawasan sama gagah ( kg telok ) tempat hang pun org sokong pas..hang ja yg sokong umno..harap ja cikgu tapi tak kematangan berhujah..jenih bengong…hang balik la sama gagah pi tengok sendiri…puak-puak hang sana pun apa yg dapat sokong um no… sapa ada tokoh org telok sama gagah jadi org berjaya ampu umno…hang pun tak tau apa jadi dekat kawasan telok la ni…rumah merempat dekat utan bakau..cakap pandai…pikiq la apa yg hang nak kata…
org telok yg muda pun tak kenai hang…hang dok ego cakap bab pas…balik sekali-sekala pandang org telok macam bodo sangat..hang pikiq la..aku ni nak habaq dekat hang cakap biaq pakai otak..jangan pakai kepala lutut.
Reaksi GuruBashid:
Sebenarnya bukan Pak lang seorang yang akan bercakap sebegini kepada orang UMNO. Ramai lagi orang seperti Pak Lang di luar sana yang berkelakuan seperti Pak Lang terutama apabila terkena batang hidung sendiri. Inilah sahaja kelebihan yang ada Pak Lang dan kita patut memberi sedikit ruang untuk Pak Lang melampiaskan kemarahannya. Mudah-mudahan dengan itu kita akan tahu hati budi Pak Lang dan orang seperti Pak Lang.Seronok juga dengan telatah Pak Lang ni, tapi yang lebih seronok lagi bila Pak Lang kata cakap biaq pakai otak..jangan pakai kepala lutut.
Assalamualaikum,
Saya kagum dengan kesabaran dan kematangan Cikgu melayan kerenah orang-orang kita yang tidak berpandangan jauh, ’superficial’, taksub,dan tidak melihat dengan mata hati. Kebanyakan mereka tidak berpengetahuan luas/global, terlalu idealistik dan mudah mengikut ‘trend’. Saya sering ketawa melihat tahap dan gaya politik mereka yang tidak pernah berubah dari dahulu lagi. Alhamdulillah ada ramai lagi orang seperti Cikgu di negara tercinta ini. Semuga Tuhan merestui keikhlasan kita semua.
Reaksi:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Semoga Allah merahmati anda. Bukan salah mereka pun. Sebahagian besar daripada mereka hanya menurut apa yang pemimpin mereka lakukan. Mereka hanya mendapat contoh yang sebegitu, maka begitulah juga tingkah laku dan pertuturan mereka. Jika ada pun kesalahan mereka, mereka menurut dengan mata tertutup.
walau apapun cakap cikgu kami mat rempit sokong PAs dan tok guru
memegang agama islam seperti pegang bara api.itulah hadis yang nabi cakap untuk umat akhir zaman….tapi kalo dok umah wat anak tak penah rase susah memperjuangkan agama kene cek la dulu pegangan kite ni..
Ulasan:
Mudah-mudahan ahli dan pemimpin UMNO tidak kurang islamnya dpd yang lain-lain.
banyak sangat bercakap la aku dalam blog ni.seronok agaknya…lain kali aku tak leh buang mase cam ni..
Assalamualaikum buat cikgu bashid. saya seorang pelajar sekolah menengah tp saya jgk ambil tau ttg hal2 sebegini..saya ingin tau knp politik negara kita jd bercanggah sekali. pelik bin hairan saya..kata negara maju tp apasal sesetengah pemimpin tu mcm blur jer dlm pentadbiran negara..sy tak kata mana2 pihak tp blh dikatakan mana2 parti mesti ada yg kurang ok..sampai bila keadaan sebegini mampu bertahan.
Jawapan GuruBashid
Wa’alaikumussalam wr wbt.Terima kasih buat student pmr yang sudi meninggalkan titipan di blog saya sambil mengagumi tulisan-tulisan saya.
Saya berbangga dengan anda kerana dalam usia semuda anda, anda cuba memahami apa yang saya tulis sambil peka terhadap perkembangan semasa. Anda melihat begitu banyak paradox atau pertentangan dalam soal politik di negara ini.
Anda turut kecewa kerana tiada kesatuan dalam pemahaman dan pendekatan. Begitu juga anda melihat tiada satu pendekatan atau jalan penyelesaian muktamad yang berjaya diambil setakat ini untuk menghadapi beberapa kemelut di negara ini.
Lalu anda menyimpulkan bahawa pemimpin, termasuk pemimpin parti sudah blur atau kabur tentang jalan mana yang harus diambil.
Saya percaya bukan anda seorang yang merasai perasaan sebegini, malahan di luar sana begitu ramai belia atau remaja yang berpandangan seperti anda. Keliru, kecewa dan benci.
Golongan seperti anda turut hairan mengapa keadaan ini sampai berlaku sedangkan pada masa yang sama kita disuruh untuk bersatu padu, bersaudara mara sambil mewar-warkan modal insan berminda kelas pertama, tambahan lagi negara yang sedang dipacu menuju sebuah negara maju.
Yang saudara lihat bukan mimpi, tetapi realiti. Ia benar-benar berlaku. Sesuatu yang tidak pernah kita jangka, kini berlaku. Kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan semua situasi ini sama ada kita menyukainya atu tidak.
Kita tidak boleh mengharapkan satu keadaan yang semuanya baik untuk sepanjang masa. Lebih lama kita hidup, lebih banyak pengalaman mencabar yang kita bakal lihat dan sebahagiannya kita akan rasai sendiri.
Kita mesti bersedia berhadapan dengan semua itu dan kita tidak boleh lari daripadanya. Semuanya akan memperkayakan pengalaman hidup kita. Semuanya akan lebih mematangkan kita.
Lebih banyak masalah yang berlaku lebih berombaklah pemikiran kita dan lebih kreatiflah makhluk Tuhan yang bernama manusia untuk mencipta cara penyelesaiannya. Seolah-olah manusia tidak dibenarkan rehat untuk terus berfikir, mencipta kaedah dan jalan penyelesaian.
Suatu segi kita mahu melihat semuanya berjalan dalam keadaan tenang dan selesa tetapi saya ingin beritahu student pmr hanya mati yang menamatkan kerja otak dan kreativiti manusia.
Selagi manusia bernafas ia akan melihat semua perkara ini sama ada yang berulang, yang baru, yang dapat diramal dan ada juga yang langsung tidak dijangka.
Sejak Adam dan Hawa tercipta konflik dengan diri sendiri, konflik sesama manusia dan dengan alam telah berlaku. Ada konflik yang yang kecil yang diakhiri dengan kesatuan dan persaudaraan, tetapi ada konflik yang diakhiri dengan kemusnahan dan kematian.
Manusia apa pun gelar dan jawatannya, apa pun fahaman dan partinya tetap merupakan makhluk Allah yang lemah dan tertakluk kepada perubahan. Sesungguhnya Allah tidak hanya membebankan manusia menurt kadar kemampuan manusia. Jadi apa yang berlaku di negara kita yang tercinta ini semuanya dalam kadar yang mampu ditanggung oleh pemimpin dan yang lain-lainnya.
Insya-Allah akan ada penamatnya. Tuhan memilih penduduk Malaysia yang berjumlah 27 juta pada tahun 2008 dan 2009 ini untuk dipikulkan semua ini sebab jika kita mahu menjadi maju, kita wajar diuji dengan kepayahan ini.
Jika kita berjaya menanganinya, bererti kita lulus ujian ini. Dan ujian seterusnya akan diturunkan lagi dan lagi dan lagi.
Tidak ada bangsa yang tidak diuji. Ada negara yang diuji dengan kebuluran, peperangan dan bencana alam. Negara kita tidak diberi itu semua.
Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah sebuah negara maju bentuk ujian kita sangat berbeza. Ujian kita banyak berkisar pada soal dalaman seperti perbezaan kefahaman, ketahanan integiriti, perang pemikiran dan kepelbagaian pendekatan dan cara.
Tetapi yakinlah semua kemelut yang sedang kita hadapi hanyalah sementara. Kesungguhan para pemimpin negara ini untuk menangani masalah ini dengan pelbagai pendekatan dan program membuktikan negara ini tidak mahu terus-terusan berada dalam keadaan terumbang ambing tanpa penyeelsaian muktamad.
Ikhlas GuruBashid
Leave A Reply