APABILA terbaca di sebuah blog tentang kemasukan mantan Pengetua SBP Sabah dan bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak ke dalam parti Pas baru-baru ini, timbul beberapa tanda tanya di hati saya tentang kesahihan berita tersebut.

Pertama, mengapa dia disebut masuk ke dalam parti PAS walhal mantan majikan saya itu sudah mengisyhtiharkan masuk dalam parti yang didakwa Islam itu sejak APRIL 2008.

Adakah ini merupakan satu refreshment oleh Pas dalam menghadapi PRU ke-13 atau kerana ketiadaan individu lebih daripada beliau yang hendak ditonjolkan sehinggakan isu kemasukan beliau ke dalam Pas terpaksa dikitar semula.

Kedua, sejak selepas PRU ke-12, saya pernah mendengar daripada sumber yang tidak begitu pasti yang beliau telah kembali semula ke pangkuan UMNO.Kalau sudah kembali ke pangkuan UMNO, mengapa dia masuk semula ke dalam parti yang bersekongkol dengan DAP dan PKR itu.

Maka untuk kepastian dan menyelami apa sebenarnya yang telah berlaku, saya cuba menghubungi batang tubuh individu itu sendiri dan bertanayakan beberapa soalan melalui Facebooknya.Ikutilah komunikasi saya dengan beliau.

Abd Bashid Harun:
Assalamu’alaikum cikgu. Betul ke cikgu masuk pas semula? Bukankah cikgu dah masuk Pas pada bulan April 2008.Saya benar-benar ingin tahu daripada yang empunya diri.Saya harap soalan saya ni tak mengganggu cikgu.

Dato’ Adnan Ibrahim:
Saya telah berkecimpung dalam UMNO sejak 1980 (semasa bertugas sebagai Timbalan Pengetua STAR, Ipoh). Pada 1981/82 saya dilantik memegang jawatan “Ketua Penerangan UMNO Cawangan.

Malangnya, pada 1983, ketua cawangan telah MENSABOTAJ saya dengan tidak memanggil saya ke mesyuarat agong AJK cawangan, menyebakan saya disingkirkan. Ini sememangnya dirancang oleh beliau yang juga adalah KETUA KAMPUNG dan juga MAMAK@bapak sedara saya (adik aruah bonda saya) sebab tak mahu saya memainkan apa-apa peranan dalam UMNO cawangan.

Dia adalah ketua cawangan, pengerusi masjid, ketua kampung dsbna. Selama lebih 33 tahun tetapi amat busuk hati, pengkhianat & pendengki hatta kepada anak saudaranya sendiri! Sejak dari 1983 saya telah dikhianati & disabotaj dalam hasrat & impian politik tanpa henti, menyebabkan saya beralih angin pada April, 2008 hingga kini.

Pada tahun 1999 saya pernah membantu Tun Ghaffar (TPM) membawa masuk UMNO ke Sabah dan menjadi ahli berdaftar umno cawangan Sembulan Timur / Bahagian Tanjung Aru, namun pada 2003 apabila saya balik ke Semenanjung (STAR, Ipoh), sekali lagi saya dihalang menyertai UMNO di Bahagian Tapah.

Pada tahun 2004, apabila saya bersara dari KPM dan balik ke kampung, sekali lagi orang yang sama menghalang saya menyertai UMNO cawangan & menyekat saya dari bergiat dalam UMNO. Jadi saya menyambut sepenuh hati pelawaan Pas untuk berkecimpung dalam politik.

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sokongan ramai rakan-rakan yang memahami kekecewaan saya yang bermula dari 1983 (sejak 29 tahun yang lalu). Terima kasih kerana cuba memahami KEDUKAAN & KELUKAAN seorang rakan yang dikhianati oleh Bapak Sedara sendiri ! (sama spt kes Datuk Mokhtar Hashim vs. Datuk Taha !!!!).

Dato’ Adnan Ibrahim:
Doakan saya mendapat Keredhoan Allah jua, Insya Allah !

Abd Bashid Harun:
Terima kasih atas penjelasan cikgu. Saya menghormati pendirian cikgu.

Abd Bashid Harun:
Cikgu, jika cikgu tak keberatan boleh tak kisah cikgu ini saya masukkan dalam blog saya sebab blog saya ramai pembacanya termasuk ramai pemimpin pusat dan negeri.Saya nak beritahu mereka bahawa ini mungkin masih menjadi masalah yang berlaku dalam UMNO yang perlu diperbetul.

Ramai orang yang sepatutnya berada dalam perjuangan UMNO telah menjarakkan diri daripada parti yang sangat berjasa itu khususnya dalam memperjuangkan bangsa dan agama akibat perbuatan segelintir ahli/pemimpin UMNO sendiri yang mungkin tidak dapat dihidu oleh pemimpin tertinggi. Jika cikgu izinkan, saya akan olah dalam gaya bahasa saya.

Dato’ Adnan Ibrahim:
Saya tiada halangan Tuan. Elok sangat didedahkan kepada pucuk pimpinan negara. Ramai yang TERANIAYA & DIANIAYA kerana sikap buruk seorang dua pemimpin yang busuk hati & tamak kuasa. Ini “KISAH BENAR” yang telah berlaku selama 29 tahun & amat MENGECEWAKAN saya. Terima kasih.

Abd Bashid Harun:
Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik. Jangan panggil saya Tuan.Saya lebih senang kalau cikgu memanggil saya Bashid sahaja, sebab saya telah lama menganggap cikgu seperti orang tua saya. Seperti juga halnya saya lebih mesra memanggil Dato’ sebagai cikgu sahaja.

Catatan Abd Bashid Harun