Ramai yang bertanya kepada saya parti mana
yang menjadi pilihan dalam pilihan raya umum kali ini. Sebelum saya menjawab, saya ingin beritahu bahawa soalan seperti itu tidak baik ditanyakan kepada seseorang kerana soalan sebegini sedikit sebanyak akan mengganggu ruang peribadi seseorang.Saya lebih suka kalau orang itu bertanya khabar saya atau apa perancangan selepas ini? Tetapi kerana soalan itu telah dikemukakan saya tidak akan membiarkan ia berlalu begitu sahaja.Inilah masanya saya menyatakan pendirian saya sebenar.Dari dahulu lagi saya tidak pernah memperjudikan nasib dan masa depan negara.Saya tidak pernah menganggap soal memilih wakil rakyat dan kerajaan sebagai soal main-main yang boleh dilakukan secara trial and error. Trial and error mungkin sesuai apabila kita menaip menggunakan komputer, tetapi tidak sesuai langsung untuk pembentukan sebuah kerajaan.Pendirian saya dalam hal yang satu ini cukup jelas. Saya tetap memilih parti yang serius, yang benar-benar ingin memerintah dan membentuk sebuah kerajaan. Saya menolak parti yang menjadikan pilihan raya dan kempen mereka sebagai bahan ketawa. Saya beritahu rakan-rakan bahawa pilihan raya bukanlah kesempatan untuk menukar kerajaaan seperti kita menukar pakaian. Kesilapan kita membuat pilihan akan memberi kesan yang besar kepada iklim negara dalam semua perkara. Ramai orang yang mendakwa bahawa sesiapa pun yang menjadi kerajaan akan membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat dan negara. Bunyinya macam mudah, tetapi apa yang bakal berlaku tidak semudah itu. Tukang kempen akan bercakap apa sahaja untuk menambat hati pengundi, namun kerajaan yang dipilih sahaja yang tahu betapa sulitnya untuk membangunkan sesebuah negara dan membahagiakan rakyat. Kalau kerajaan yang dibetuk itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan sama ada dari segi sumber intelektual mahupun prasarana dan kelengkapan, kerajaan itu tidak akan mampu mengurus tadbir negara dan rakyat dengan berkesan, hatta untuk membangunkan kemudahan paling asas pun mungkin tidak akan menjadi kenyataan.Sebab itulah dalam soal memilih kerajaan ini saya lebih suka mengambil jalan paling selamat dan kurang risiko iaitu dengan memilih mereka yang memiliki hampir semua kekuatan: jentera, kewangan, kemahiran,kecekapan, pengalaman dan kematangan.Hakcipta GuruBashid

















2 users commented in " Memilih Kerajaan Bukan Seperti Bersalin Baju "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSetujuuuuuuuuuu…..!!!!
(sambil minum kopi susu)
Atau sambil menikmati kelazatan juice avocado
Leave A Reply