1 Cadangan Memansuhkan UPSR dan PMR

Selain melihat kewajarannya pada masa kini, sejarah mengenai kewujudan kedua-dua peperiksaan itu jangan diabaikan begitu sahaja. Semak dan teliti kembali dokumen asal mengapa kedua-dua peperiksaan itu dilaksanakan dahulu. Teliti rasional, matlamat, objektif dan latar belakang diadakan kedua-dua peperiksaan awam itu. Berpandukan itu barulah keputusan tentangnya dibuat sama ada untuk melakukan pengubahsuaian atau pun memansuhkannya.

2 PAS kata Kredebiliti Parti PAS Tidak Tergugat Dengan Kemasukan Ulama’ Ke Dalam UMNO

Seperti biasa apa-apa sahaja yang berlaku di dalam UMNO mereka merasakan ia ditujukan kepada diri dan parti mereka, termasuk yang ini. Sebabnya mudah, bukankah mata mereka lebih banyak melihat ke arah kita daripada melihat ke dalam diri sendiri. Perumpamaan yang sesuai buat mereka ialah seperti orang yang keresahan setiap kali mendengar halilintar berbunyi. Setiap kali halilintar berbunyi mereka merasakan halilintar itu sedang menembak ke arah mereka. Mulut-mulut mereka lantang mengata kita sambil tangan ditunjuk keras ke arah kita sedangkan hati mereka tidak pernah berasa tenteram setiap kali menyebut dan berfikir tentang kita.

3 Tentang Ketidakpercayaan Kepada Khalid Sebagai MB

Apa yang hendak dihairankan tentang mereka. Jika parti lain cuba mengelakkan masalah dan memerlukan masa untuk menyelesaikannya, mereka boleh mencipta kedua-duanya dalam masa dua atau tiga hari sahaja. Mereka sudah ada jalan penyelesaiannya ketika mereka sendiri mencipta masalah itu. Mereka hanya mahu membuktikan kepada kita yang mereka itu masih kuat dan bekemampuan. Tetapi itu hanya “drama” bukan cerita sebenar. Mereka umpama sebatang kayu yang kelihatannya masih tahan tersandar di dinding luar rumah sedangkan kayu itu sendiri tahu tentang hujan dan panas yang menimpa dirinya.

Catatan GuruBashid